,
Laman Utama

Nicholas Saputra Tak Rasa Kehidupannya Menarik Sungguhpun Jadi Kegilaan Ramai

Maliah Surip
28/10/2023
13:50 MYT
Sosok aktor terkenal Indonesia, Nicholas Saputra sentiasa menjadi pujaan ramai. Pada usia 39 tahun pun, Nicholas yang pertama kali popular menerusi filem Ada Apa Dengan Cinta?pada tahun 2002 masih tetap dilihat punya tarikan tersendiri.
Kisah hidup dan aktiviti yang dilakukan pelakon tersebut selalu ingin diketahui.

BERITA TRENDING: Gisel Kecewa Terlepas Peluang Lakonkan Babak Cium Dengan Nicholas Saputra

Namun bagi Nicholas sendiri, dia melihat kehidupannya sangat biasa dan tidak ada yang menarik. Lantaran itu dirinya tidak pernah ingin ditemubual dalam saluran podcast yang menjadi satu trend di tanah airnya.
Nicholas juga menepis dia menolak ditemubual kerana berasa dirinya punya nilai eksklusif.
“Bukan (eksklusif). Saya cuma rasa tidak ada yang menarik untuk diceritakan.
“Kalau saya lihat podcast rakan lain semuanya ada banyak cerita menarik tapi hidup saya tidak. Lagipun jika ditanya saya tidak tahu mahu jawab apa,” ujar Nicholas kepada Melaney Ricardo seperti dilaporkan Viva.co.id.

BERITA TRENDING: Berkata Tidak Kepada Orang, Buat Nicholas Saputra Rasa Kuasa Yang Sangat Powerful

Pemilik watak Rangga tersebut kemudian mengatakan dia tetap dengan pendirian menjaga privasi kehidupan peribadi.
“Saya fikir satu-satunya perkara yang ada buat saya sekarang adalah privasi diri kerana sebaik keluar rumah, sudah tidak ada yang privasi buat saya lagi.
“Jadi saya mengendalikan privasi saya. Saya juga tidak akan membuat konten peribadi tentang diri sendiri,” katanya lagi.
Namun dirinya sentiasa terbuka untuk berkongsi tentang perkembangan karier yang disifatkan sepatutnya menjadi keutamaan berbanding mengetahui tentang kehidupan peribadinya.

BERITA TRENDING: “Kacak Macam Nicholas Saputra” - Adik Lelaki Zahirah Macwilson Curi Tumpuan Netizen​

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Netizen Tak Puas Hati Nicholas Saputra Jadi Model Skin Care, Disifatkan Terlalu Sempurna

gempak
09/12/2023
09:55 MYT
Pulak dah?
Laman Utama

Gisel Kecewa Terlepas Peluang Lakonkan Babak Cium Dengan Nicholas Saputra

gempak
06/07/2023
02:55 MYT
Gisel dan Nicholas terbabit dalam naskhah muzikal Melodrama.
Laman Utama

Diadaptasi Daripada Kejadian Rusuhan Sebenar, Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Tonton Sayap Sayap Patah

gempak
07/10/2022
12:50 MYT
Filem yang sangat mengusik emosi
Film

Penonton Mengalir Air Mata Tengok Filem Sayap-Sayap Patah, Cecah RM40 Juta Kutipan Di Indonesia; “Tayangan Gala Di KL Oktober Ini”

gempak
01/10/2022
09:55 MYT
Tahniah berjaya kutip RM40 juta di Indonesia.
Laman Utama

Steady Beratur Ambil Vaksin COVID 19, Nicholas Saputra Digelar National Treasure Indonesia

gempak
21/04/2021
13:50 MYT
ramai yang memuji sikap baik hatinya