,
Hiburan

Netizen Tuduh Intan Najuwa Cucuk Bibir, Ini Respons Tuan Badan…

Asyikin Mayudin
16/04/2024
01:55 MYT
“Intan ini cucuk bibir ke?” tanya netizen di ruang komen di perkongsian foto di laman Instagram milik pelakon Intan Najuwa.
Bagaimanapun, aktres berusia 27 tahun ini tidak melatah dan hanya membalas komen itu dengan mengatakan dia tidak pernah melakukan sebarang suntikan di bahagian bibir.

Nafi Cucuk Bibir

Menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu, Intan memberitahu dia hanya melukis bentuk bibirnya ketika memakai gincu.
“Makcik, saya tak cucuk bibir makcik. Saya overline saja lips saya masa pakai lipstick,” balas Intan menerusi komen netizen itu.
Rata-rata netizen turut mengkritik tindakan individu itu bertanyakan soalan seperti itu dan menegaskan Intan menggunakan teknik solekan untuk menampakkan bibirnya lebih tebal.
Terdahulu, terdapat netizen mempertikaikan foto yang memperlihatkan suami kepada aktres itu menggunakan tongkat yang dianggap sekadar untuk bergaya.
Intan bagaimanapun menegaskan suaminya bukan mengikuti trend semasa, sebaliknya menanggung kesakitan akibat jatuh ketika menunggang kuda.
Ujar Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 27, suami tercinta, Datuk Ahmad Azraf Azman tetap berdegil melakukan aktiviti tersebut meskipun menjelang Syawal namun berakhir dengan kecederaan.
Untuk info, Intan mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Azraf Azman pada 18 Ogos 2023 dalam majlis yang berlangsung di sebuah pusat peranginan mewah di Desaru, Johor.

BERITA TRENDING: Intan Najuwa Dedah Kenapa Suami Bertongkat - "Bukan Ikut Trend Tapi..."

BERITA TRENDING: Ada Yang Tanya Kenapa Suami Nampak Kurus, Ada Juga Yang Perasan Penampakan Baby Bump… Ini Respons Intan Najuwa!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aina Abdul Pilih Berkarya Ikut Jiwa, Bukan Paksaan Trend Semasa - “ Saya Tak Boleh Nyanyi Genre Lain Hanya Untuk…”

gempak
23/11/2024
21:55 MYT
Malah, lagu-lagu ciptaanya juga sering mendapat kritikan kerana bagi netizen lagu yang dinyanyikan dianggap sama dan tiada perubahan.
Hiburan

Netizen Persoal Pakai Bathrobe Saiz Kecil, Intan Najuwa Jawab – “Amboi Mulut Kau, Memang Time Hamil Pun Pakai XS Atau S”

gempak
22/11/2024
09:55 MYT
Pelakon, Datin Intan Najuwa membalas komen netizen yang seoalah-olah menyindir tentang saiz pakaian yang bakal dibawa ke hospital sebelum bersalin.
Hiburan

“Saya Bernasib Baik Tiada Kecederaan Kekal Pada Anak” - Dr Say Dah Buang Maid! Terima Teguran Netizen, Mohon Maaf Atas Kelalaian

gempak
22/11/2024
07:55 MYT
Personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril menerima teguran netizen dengan hati terbuka susulan isu pembantu rumahnya sebelum ini.
Hiburan

“Duit Nak, Fame Nak, Belajar Tak Nak” - Fatin Afeefa Malu Dengar ‘Interview’ Pelakon Mengadu Isu Buli Di Set Penggambaran

gempak
21/11/2024
00:55 MYT
Bukan sahaja pelakon Datin Intan Najuwa, tapi aktres Fatin Afeefa turut menyuarakan pendapatnya mengenai kenyataan seorang pelakon baharu yang mendedahkan gejala buli di set penggambaran.
Hiburan

Intan Najuwa Tak Setuju Ada Budaya Buli Di Set Lakonan - " Lebih Baik Tak Payah Kerja”

gempak
20/11/2024
08:55 MYT
Menurut Intan, sepanjang dia menceburi bidang lakonan dia tidak pernah dibuli dengan mana-mana pelakon yang lebih senior dan kebanyakan daripada mereka hanya memberi teguran untuk menambah baik kualiti lakonannya.
Unitar