Hiburan

Netizen Terhibur Bila Suami Ummi Nazeera Cadang Wujudkan Drama Tiba-Tiba Ada Dia - "Kali Ni Tenang Je, Tengok Tak Stress"

gempak
Ainun
20/12/2024
12:55 MYT
Sponsor Banner
Netizen Terhibur Bila Suami Ummi Nazeera Cadang Wujudkan Drama Tiba-Tiba Ada Dia - "Kali Ni Tenang Je, Tengok Tak Stress"
Suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr. Izzar Anwari, berkongsi pandangannya mengenai drama Andai Tiada Dia yang kini menjadi perbualan hangat.
Menerusi hantaran di akaun Threads miliknya, Dr. Izzar mencadangkan agar drama baharu diwujudkan dengan jalan cerita yang lebih menenangkan hati para penonton bagi mengantikan drama tersebut.
“Okay alang-lang macam ni jelah. Kita mula buku baru. Mula dari kosong. Buat drama yang gembira sahaja lepas ini antara Suri dan Fatah.

“Intan lama dia pun ada balik tapi sebagai Cintan, jadi kawan baik Suri yang baik sangat. Kali ni tenang je tengok tak stress-stress. Gembira je semua,” katanya menerusi kepsyen di Threads.

Tambah Dr. Izzar lagi, jalan cerita yang dicadangkan itu berpotensi memberikan ketenangan kepada penonton dan mampu mencapai kejayaan lebih besar berbanding sebelumnya.
Dia juga berharap agar cadangannya dipertimbangkan oleh pihak produksi.
“Boleh pergi jauh punyalah. Mohon dipertimbangkan. Setuju tak? Tapi Fatah ni macam sesuatu pula tajuk drama baru, ‘Tiba-Tiba Ada Dia’,” kongsinya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan cadangan yang diberikan dan bersetuju untuk mewujudkan drama baharu dengan tajuk yang dicadangkan oleh suami Ummi Nazeera.

BERITA TRENDING: Bekas Finalis Miss World Didakwa Tumbuk Suami

BERITA TRENDING: Wawa Zainal, Aeri Zafrel Bayar Zakat Perniagaan RM1 Juta - "Kami Ingin Perniagaan Diberkati"

BERITA TRENDING: Suami Tembak Isteri Jalin Hubungan Dengan Tomboi

BERITA TRENDING: Rayuan Along Cham Ditolak, Mengaku Tidak Bersalah Miliki Dadah Jenis Kanabis

Antara komen yang ditinggalkan adalah:
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024