,
Hiburan

Netizen Tak Tenang Aslam Buat Live Bersama Umisya, Empunya Badan Respons: “Korang Jangan Gaduh, Aslam Ada Giliran Dia”

Khairil Khusyairi
28/08/2024
08:55 MYT
Umisya Mazlan yang juga madu kepada anak selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania mencuri perhatian warganet.

Jangan Dekat-Dekat

Menerusi sesi siaran langsung (live) di TikTok, ada netizen yang menasihati suami Umisya iaitu, Ahmad Aslam agar jangan terlalu dekat dengan kamera.

“Jangan dekat-dekat Aslam, tak selesa,” komen seorang pengguna.

Tidak berdiam diri, Aslam tampil memberi respons dengan komen tersebut dengan mengajuk komen pengguna tersebut.
Malah, Umisya yang berada disebelah Aslam turut memberi respons terhadap tindakan suaminya itu.

“Bahaya dekat-dekat ni Ley (Aslam), nanti ada nombor 3 Ley,” respons Umisya pula.

Menjengah ke ruangan komen lagi, penonton turut memberi reaksi terhadap respons Umisya itu.
Rata-ratanya meninggalkan komen dengan emoji ketawa.

Aslam Ada Giliran

Dalam pada itu, Umisya turut menasihati penonton agar tidak bertikam lidah di ruangan komen. Malah, ibu kepada dua cahaya mata itu turut memaklumkan Aslam mempunyai sistem giliran bersama isteri-isterinya.

“Korang jangan risau tau, jangan gaduh dalam ni sebab Aslam ada giliran dia,” ujar Umisya lagi.

Terdahulu, Umisya Mazlan tampil menjelaskan tujuan dia dan suami, Ahmad Aslam membuat siaran langsung bersama di TikTok pada malam, Selasa.
Minggu lalu, Marissa dilaporkan dikejarkan ke sebuah hospital apabila mengadu sakit perut selepas menghadiri sebuah acara pelancaran produk.
Susulan itu, Marissa, 19, dilaporkan bersalin ketika usia kandungannya berusia enam bulan namun bayi pra matang dilahirkan tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia.
Perkara itu turut disahkan oleh suami Marissa iaitu Ahmad Aslam yang juga memohon orang ramai mendoakan keadaan isterinya ketika ini.
Julai lalu Marissa menjadi perhatian apabila didakwa sedang berbadan dua apabila baby bump kelihatan di sebuah majlis.
Terdahulu, nama Marissa menjadi bualan ramai apabila kecoh mengenai keputusan dia bernikah dengan jejaka berstatus suami orang dikenali Ahmad Aslam secara senyap Disember tahun lalu.
Lebih mengejutkan, perkahwinan Marissa dan Aslam didakwa berlangsung ketika isteri pertamanya, Umisya Mazlan sedang berada di Tanah Suci Makkah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kita Diuji Sebab Allah Sayang” - Norman Hakim

ARTIKEL BERKAITAN: Marissa Dania Tengah Berpantang, Umisya Ada Sebab Perlu Buat ‘Live TikTok’ Bersama Aslam - “Bukanlah Untuk Ambil Kesempatan Atau Apa…”

ARTIKEL BERKAITAN: Abby Abadi Rancak Kongsi Kata-Kata Semangat Di Instagram, Marissa Dania Tampil Komen: “Taknak Reply WhatsApp Saya Ke Mama?”

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Gelar Aslam Kurang Ajar, Dakwa Tak Maklum Pada Abby Abadi Berita Kematian Anak – “Tak Matured Langsung”

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Kurang Senang Umisya Mazlan Berbaik Dengan Marissa Dania, Ini Respons Empunya Badan

ARTIKEL BERKAITAN: Aslam Sahkan Bayi Sulung Bersama Marissa Dania Meninggal Dunia, Maklum Umisya Mazlan Tahu Berita Kehamilan Dari Awal - "Saya Terima Sebagai Ujian"

ARTIKEL BERKAITAN: Umisya Mazlan Urus Jenazah Bayi Marissa Dania, Turut Sedih - Kakak

ARTIKEL BERKAITAN: Lahir Dalam Keadaan Pramatang, Bayi Sulung Marissa Dania & Aslam Meninggal Dunia

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Abby Abadi Kongsi Tips Mudah Nak Solat Bila Sedang Berjalan - “Bila Masuk Waktu, Pakai..”

gempak
23/11/2024
08:55 MYT
Pelakon Abby Abadi menerusi Instastory berkongsi tip untuk memudahkan seseorang itu terutama kaum wanita menunaikan solat ketika sedang berjalan-jalan.
Hiburan

Abby Abadi Terkenang Momen Lucu Awal Perkahwinan, Rasa Pelik Dipanggil Kak Long - “Kita Anak Bongsu, Rupanya Suami Anak Sulung Wak!”

gempak
22/11/2024
23:55 MYT
Pelakon, Abby Abadi mengimbas kembali kenangan diawal perkahwinan bersama suaminya, Muhammad Faizal Zakaria.
Hiburan

Netizen Persoal Pakai Bathrobe Saiz Kecil, Intan Najuwa Jawab – “Amboi Mulut Kau, Memang Time Hamil Pun Pakai XS Atau S”

gempak
22/11/2024
09:55 MYT
Pelakon, Datin Intan Najuwa membalas komen netizen yang seoalah-olah menyindir tentang saiz pakaian yang bakal dibawa ke hospital sebelum bersalin.
Hiburan

“Saya Bernasib Baik Tiada Kecederaan Kekal Pada Anak” - Dr Say Dah Buang Maid! Terima Teguran Netizen, Mohon Maaf Atas Kelalaian

gempak
22/11/2024
07:55 MYT
Personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril menerima teguran netizen dengan hati terbuka susulan isu pembantu rumahnya sebelum ini.
Viral

Suami Gubahkan Lirik Lagu Buat Kieda Crepe - "Masya-Allah, Buatkan Saya Menangis"

gempak
18/11/2024
12:55 MYT
Usahawan Kieda Crepe kembali menjadi tumpuan warganet apabila suaminya, Amy, menghadiahkan sebuah lagu khas untuk isterinya dengan lirik yang diubah bagi menyuntik semangat.
Unitar