,
Laman Utama

Netizen Tak Puas Hati Majlis Buka Puasa Langgar SOP, Instafamous Nurin Mohon Maaf & Mengaku Salah

Zulaikha Yusof
01/05/2021
05:56 MYT
Tindakan instafamous dan pelakon baru Nurin Afiqah, 25, berkongsi momen ketika Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 telah mengundang kecaman daripada netizen.
Menerusi foto yang tular di Twitter, Nurin didakwa tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) apabila tidak mengamalkan penjarakan fizikal.
Malah, ketika acara berkenaan Nurin bersama segelintir tetamu yang hadir kelihatan tidak memakai pelitup separuh muka.
"Di mana SOP nya? Dekat Kelantan semua majlis tak boleh buat, bazar pun tak ada, dine-in pun tak dibenarkan lagi. Mana adilnya untuk abang burger?
"Ini majlis berbuka puasa, kalau niat tak menghalalkan cara, adakah niat membenarkan pengabaian SOP?" tulis seorang pengguna yang menggunakan nama @ixyanimohd.
Ni Majlis Berbuka Puasa, kalau niat tak menghalalkan cara, adakah niat membenarkan pengabaian SOP? #IniTidakAdil #SelebritiInstaFemesSemuaBoleh pic.twitter.com/Um8a0FKzo7— Zee Yani (@ixyanimohd) April 29, 2021 Tampil mengakui akan kesilapan yang dilakukan, pelakon drama Wifi Sebelah Rumah itu memohon maaf kepada semua orang dan berjanji akan lebih berhati-hati ketika berada di tempat awam.
"Kepada semua orang, dari lubuk hati saya. Saya betul-betul minta maaf. Saya harus lebih berhati-hati bila berada di tempat awam.
"Saya akan lebih berhati-hati selepas ini untuk jaga SOP. Saya terima dengan kesalahan yang diperkatakan.
"Sekali lagi, saya minta maaf banyak-banyak. Thank you for pointing out," tulisnya.
Acara itu turut dihadiri beberapa selebriti tempatan antaranya Mawar Rashid, Raf Yaakob dan Iman Troye.
Awal Mac lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Yaakob, memberikan kebenaran untuk mengadakan majlis sosial dengan mematuhi syarat SOP.
Antara SOP yang perlu dipatuhi oleh penganjur majlis adalah kehadiran ke premis 50 peratus bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan mengikut keluasan premis dengan penjarakan fizikal di kawasan PKP Pemulihan (PKPP).
Majlis seperti seminar, kursus, latihan, ceramah bersemuka, pameran, aktiviti perdagangan serta konvensyen juga dibenarkan dengan SOP yang ditetapkan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar