,
Viral

Netizen Sejuk Hati Tengok Video Cium Kaabah, Ini Respons Nazim Othman - “Ia Buat Saya…”

Izwan Isa
11/03/2024
03:55 MYT
Rakaman video mencium Kaabah yang pernah dimuat naik oleh pelakon Nazim Othman kembali viral, susulan isu seorang pencipta kandungan dan usahawan yang bergelut di lokasi sama untuk membantu kakitangannya mencium Hajarul Aswad.
Ramai dalam kalangan netizen memuji dramatis berusia 40 tahun itu, selain memuji rasa tenang yang terpancar pada wajahnya ketika itu. Nazim menerusi sebuah rancangan hiburan berkata, dia berasa sangat bersyukur kerana ada dalam kalangan wargamaya yang menzahirkan respons positif dan bercakap hal yang baik-baik terhadap rakaman ketika dia mengerjakan umrah tahun lalu.
“Apabila orang upload balik video tahun lepas saya pergi umrah, orang kata Nazim nampak tenang mudahnya saya nak mendekati Kaabah, ia buat saya sayu sebenarnya. Perasaan sangat berbeza sebenarnya.
“Saya tahu banyak dosa saya, Allah tutup aib saya cuma bila di sana seikhlas-ikhalasnya saya minta dengan Allah untuk memudahkan urusan saya.
“Saya sangat bersyukur apabila orang cakap, ‘Nazim, sejuk hati bila tengok video you. Dengan mudah mencium Kaabah’.
“Komen-komen macam itu buat saya rasa terharu. Tapi saya yakin, itu bukan sebab saya, itu sebab kasih sayang Allah. Awak interview saya ni pun sebenarnya saya anggap sebagai teguran yang paling lembut daripada Allah untuk saya jangan terlalu menyimpang,” katanya.
Nazim menambah, selagi dirinya masih hidup, dia akan sentiasa menerima ujian daripada Allah SWT.
“Apabila bercakap pasal iman, ia memang sentiasa turun naik. Dalam kehidupan ini, selagi kita hidup memang kita akan sentiasa diuji.
“Saya tetap percaya, di sebalik kesusahan masalah saya itu, pada penghujungnya, ia akan membawa kepada kebahagiaan,” katanya lagi.

BERITA TRENDING: [VIDEO] “Sebilangan Besar Silap Tafsir, Itu Penjuru Yamani” - Nazim Othman Perjelas Salah Faham Kucup Hajar Aswad

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Netizen Laju Komen Video Nazim Othman Tayang Six-Pack - “Kalau Post Fasal Hasil Kerja…”

gempak
02/04/2024
00:55 MYT
Nazim belanja badan la...
Hiburan

Nazim Othman Mahu Bersara Bukan Sebab Industri - “Tiada Kaitan, Lebih Kepada Peribadi”

gempak
10/03/2024
06:41 MYT
Nazim Othman kalau berlakon pun power.
Laman Utama

Hormat Suami, Bella Dally Pilih Tidak Berlakon Sama Dengan Nazim Othman

gempak
24/05/2023
06:55 MYT
Pendirian Bella Dally!
Laman Utama

[VIDEO] “Sebilangan Besar Silap Tafsir, Itu Penjuru Yamani” - Nazim Othman Perjelas Salah Faham Kucup Hajar Aswad

gempak
06/05/2023
02:54 MYT
Alhamdulillah rezeki Nazim.
Laman Utama

[VIDEO] Tayang Tak Berbaju, Zip Seluar - Salin Baju Dalam Kereta, Aksi Nazim Othman Buat Wanita Tak Keruan

gempak
16/03/2023
02:46 MYT
Aksi Nazim Othman Buat Wanita Tak Keruan