,
Laman Utama

Netizen Sebak Tengok Momen Puteri Sarah Beraya Bersama Keluarga Mentua - "Sarah Ker Sol Anak Kandung Yusof Haslam Ni?"

Amri Hassan
22/04/2023
14:45 MYT
"Dah rasa macam terbalik pula, Sarah ker Sol anak kandung Yusof Haslam ni?" demikian tulis warganet pada hantaran foto raya milik pelakon jelita Puteri Sarah Liyana di Instagramnya pada pagi Syawal.
Koleksi foto Puteri Sarah yang bersalaman dan meraikan lebaran bersama mentuanya Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail antara lainnya mencetuskan rasa hiba dan sebak dalam kalangan warganet.
Masakan tidak, ikatan menantu dan mentua yang luar biasa akrabnya ini sukar dicari dalam mana-mana keluarga besar dan popular seperti mereka.
"Macam pelik menantu pula yang beraya dengan mak mentua ek. Anak sendiri ghaib," tulis seorang pengguna lain.
"Kalau tengok Puteri Sarah ni kalau tak ada isu dia okey je, dia masih hormat suami, dia masih sayang. Tapi apa Sarah, hari ini hari dia," nasihat warganet lain pula.
"Menantu elok lawa, educated, pandai cari duit, beranak-anak lawa gitu. Mentua mana tak sayang oiii," sahut pengguna lain.
"Sebak tengok gambar-gambar Puteri Sarah dengan Datuk dan Datin," tambah warganet lagi.
Semalam, kemelut rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul memasuki episod baharu apabila kedua-duanya saling berbalah menerusi media sosial masing-masing.
Syamsul hari ini berharap isteri pertamanya itu membuang perasaan dendam dan tidak menggunakan media sosial untuk meraih simpati ramai.
Manakala Puteri Sarah pula mengakui menyesal mendirikan rumah tangga dengan pengarah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu dalam masa sama berharap lelaki itu melepaskan tanggungjawab serta nafkah terhadap dua anak mereka.
Dia juga tanpa henti meminta Syamsul segera menceraikannya segera kerana mahu mencari bahagia dan melepaskan diri daripada semua kemelut yang melanda hidupnya ketika ini.
Pada 18 April lalu, kes perceraian Syamsul dan Puteri Sarah yang dijangka menemui noktah sebaliknya bertemu jalan buntu apabila pengarah itu menarik balik keputusan melafazkan cerai selepas mencapai kata sepakat untuk bercerai.
Syamsul enggan melepaskan isteri pertamanya kerana Puteri Sarah didakwa menukar dan menambah beberapa terma dalam perjanjian perceraian, termasuk isu jumlah nafkah dan kes saman terhadap keluarga Ira Kazar.
Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6 dan Sumayyah, 5 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aina Abdul Pilih Berkarya Ikut Jiwa, Bukan Paksaan Trend Semasa - “ Saya Tak Boleh Nyanyi Genre Lain Hanya Untuk…”

gempak
23/11/2024
21:55 MYT
Malah, lagu-lagu ciptaanya juga sering mendapat kritikan kerana bagi netizen lagu yang dinyanyikan dianggap sama dan tiada perubahan.
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Unitar