,
Berita

Netizen Risau Pokok Selalu Tumbang Di Ibu Negara, DBKL Disaran Ambil Tindakan

Muhammad Firdaus
14/05/2024
07:55 MYT
Semalam, kecoh tentang kejadian pokok tumbang yang berlaku di ibu negara dek kerana ribut dan hujan lebat.

Netizen Usul Tebang Pokok

Oleh kerana insiden tersebut banyak menyebabkan kerugian dan juga kemalangan jiwa, netizen mula mengusulkan pendapat bahawa setiap pokok perlu di audit supaya perkara yang tak diingini dapat dielakkan.
Antara komen yang diterima:
"Masa untuk audit pokok-pokok ni,"
"Bahaya pokok tua-tua ni, kena potong,"
"Pokok ni bahaya betul. Tebang semua pokok!"
Susulan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya mengambil tindakan segera dengan menebang pokok berisiko di Kuala Lumpur bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

"Saya mengarahkan DBKL mengambil tindakan segera...

Menurut Dr. Zaliha, DBKL disarankan supaya memperbaiki Pelan Pengurusan Pokok Rendang selain menyediakan garis panduan baharu berkaitan pokok berusia atau berisiko tinggi.
“Susulan insiden pokok tumbang hari ini yang hanya berselang seminggu dari insiden di Jalan Sultan Ismail, saya mengarahkan DBKL mengambil tindakan segera menebang pokok berisiko tinggi di Kuala Lumpur.
“DBKL juga diarahkan untuk menambah baik Pelan Pengurusan Pokok Rendang dan menyediakan garis panduan baharu berkaitan pokok berusia atau berisiko tinggi yang dijangka siap pada Julai ini,” katanya.
Dalam pada itu, Dr. Zaliha turut meminta agar garis panduan berkaitan pokok berusia dan berisiko tinggi itu diperbaharui bagi memastikan insiden yang tidak berulang lagi pada masa akan datang.
“Bagi memastikan kelestarian alam terus dijaga dan diberi perhatian, DBKL perlu memperincikan program penggantian semula pokok.
“Ia termasuk meneliti kaedah-kaedah bagi memastikan pokok tersebut utuh dan selamat untuk jangka masa panjang,” jelasnya.

BERITA TRENDING: Seorang Maut, Seorang Cedera Dihempap Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail

Terdahulu, kejadian pokok tumbang di Jalan Pinang berhadapan Kuwait Finance di ibu negara nyaris menimpa kenderaan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh pada petang Isnin.
Bagaimanapun, beliau dan kenderaan jenis Lexus 350 yang dinaikinya selamat.
Menurut Pegawai Media Ab. Rauf, Shahnor Samsudin, ketika kejadian, rombongan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Bidara sedang melalui kawasan tersebut untuk menghadiri urusan rasmi di ibu kota.
Sumber: Sinar Harian/Platform X
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

“Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

gempak
19/09/2024
09:25 MYT
Nama bekas plastik dan produk dapur terkenal iaitu Tupperware hangat diperkatakan di media sosial selepas ada dakwaan mengatakan jenama itu bakal memfailkan permohonan muflis minggu ini.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.