,
Hiburan

Netizen Risau Intan Najuwa Kongsi Berita Kehamilan Terlalu Awal? Ini Jawapan Tuan Empunya Badan

Gempak
18/07/2024
21:55 MYT
Pelakon Intan Najuwa memahami kebimbangan segelintir netizen mengenai perkongsian tentang kehamilannya menerusi hantaran di Instagram.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Intan memuat naik tangkap layar seorang wargamaya yang berpesan supaya tidak berkongsi mengenai berita kehamilan terlalu awal.

Berita kehamilan

Menurut pengguna media sosial itu, dia mempunyai pengalaman mengenali ibu-ibu lain yang dilihat berkongsi kegembiraan tentang fasa awal kehamilan sehingga pada penghujungnya mengalami hal duka seperti keguguran.
Intan berkata, perutnya kini sudah besar dan tidak mungkin usia kehamilan baru memasuki fasa dua atau tiga bulan pertama.
“Untuk yang DM, perut saya dah besar dah pun. Jadi tak mungkin dua hingga tiga bulan. Dan of course, saya tahu bila it's the right time to announce. Saya dan suami pun ada parents, family yang lebih tahu dan mereka pun of course bagi nasihat apa yang patut dan apa yang tak patut.
“Jadi semua benda yang kami buat, of course kita dah plan siap-siap dan tahu buruk dan baiknya. Kita pun dah consult dengan doctor, when doctor said now it's the right time, then yes baru la saya announce,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir Setahun Berkahwin, Intan Najuwa Umum Hamil Cahaya Mata Pertama - “Our Little Secret Is Finally Out!”

ARTIKEL BERKAITAN: "Punyalah Jaga Macam Anak, Nak Jentik Pun Tak Sampai Hati" - Intan Najuwa Simpati Nasib Haiwan Didera, Mohon Jaga Penuh Kasih Sayang
ARTIKEL BERKAITAN: Ramai Lelaki Bitter Dengan Kehidupan Intan Najuwa? Ini Respons Tuan Empunya Badan – “Tak Payah Berlagak Macam Kami Ni Kejar Duit Lelaki”
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Tuduh Intan Najuwa Cucuk Bibir, Ini Respons Tuan Badan…
ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa Dedah Kenapa Suami Bertongkat - "Bukan Ikut Trend Tapi..."
Intan menambah, kehamilannya kini sudah pun masuk ke trimester kedua.

“Saya dah masuk seconnd trimester dah pun, alhamdullilah. Masa early pregnancy pun tak keluar rumah, tak inform anyone kecuali family dan close friends. Jadi Jangan risau ya.

“Doakan je lah yang baik baik, jangan terlalu negatif. Apa-apa dalam hidup kita ni semua Allah dah tulis dan aturkan. So we just follow the flow and learning to relax and enjoy life,” tulisnya.
Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan bernama Datuk Ahmad Asraf Azman pada 18 Ogos tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Zulin Aziz Lebih Gembira Ditegur Hamil Berbanding ‘Gemuk’ - “Nak Cakap Balik Dekat Orang Yang…”

gempak
13/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Zulin Aziz memberitahu dia tidak kisah sekiranya ada orang menegur bentuk badannya kelihatan semakin berisi disebabkan mengandung.
Hiburan

Muka Disamakan Dengan Girlfriend Popeye Sebab Rambut Pendek, Intan Najuwa Sekolahkan Netizen - "Saya Tak Guna Duit Awak..."

gempak
12/09/2024
08:25 MYT
Pelakon Datin Intan Najuwa memberitahu dia tidak mengendahkan komen netizen yang menyifatkannya serupa dengan teman wanita watak animasi terkenal, Popeye, ketika berambut pendek.
Hollywood

Selena Gomez Tidak Boleh Hamil, Rancang Kaedah Ibu Tumpang Dapatkan Zuriat

gempak
11/09/2024
13:45 MYT
Baru diumumkan sebagai bilionair termuda Amerika Syarikat dengan aset bernilai RM5.7 bilion, Selena Gomez nampaknya mengejar sesuatu yang lebih ‘besar’.
Hiburan

Lydia Individu Paling Risau Bila Tyzo Masuk Hospital! - "Balik Bercuti, Dia Terus ..."

gempak
04/09/2024
14:30 MYT
Penyampai radio Tyzo Xander mendedahkan usahawan Lydia Rosli antara individu yang paling risau apabila dia dirawat di hospital pada Selasa.
Hiburan

“Jangan Sentuh Perut Tanpa Kebenaran” - Tyra Kamaruzzaman Kurang Selesa, Ada Individu Suka Hati Datang Pegang Baby Bump

gempak
04/09/2024
07:25 MYT
Usahawan dan personaliti media sosial, Tyra Kamaruzzaman akui kurang selesa dengan tindakan segelintir orang awam yang sesuka hati memegang perutnya di tempat awam.