,
Hiburan

Netizen Puji Suara Thamiera Chan, Anggap Lagu 'Cintaku Sampai Ke Ethiopia' Tak Sesuai Dengan Suara

Asyikin Mayudin
20/03/2024
06:55 MYT
Sebelum ini, tular video nyanyian kumpulan The Gadys menerusi lagu Cintaku Sampai Ke Ethiopia di sebuah majlis anugerah sehingga mendapat kecaman netizen.
BERITA TRENDING: Pasca Kecaman, Thamiera The Gadys Tampil Dengan Lipsync Lagu Fujiyama, Netizen Puji - “Kenapa Aku Rasa…
Sehingga kini, netizen masih lagi meninggalkan komen di TikTok salah seorang anggota The Gadys iaitu Thamiera Chan mengenai nyanyiannya itu.
Menerusi komen di video Thamiera sedang menyanyikan lagu Tapi Tahukah Kamu yang dikongsikan di TikTok, seorang netizen memuji suaranya dan mengatakan lagu Cintaku Sampai Ke Ethiopia tidak sesuai untuknya.
“Sebenarnya lagu Fujiyama itu memang tak sedap. Suara dia ini sedap saja,” komen netizen.
Membalas semula komen tersebut, Thamiera mengakui dia sendiri bekerja keras untuk menyanyikan lagu tersebut memandangkan ia tidak sesuai dengan suaranya.
“Lagu itu sedap, cuma tak sesuai dengan saya kot. Tinggi sangat, saya pun struggle nak menyanyi… tapi tak apa benda dah jadi. Terima kasih awak,” balasnya.
Dalam pada itu, ada juga netizen yang menganggap keterujaan Thamiera berada di atas pentas ketika menyanyikan lagu itu menyebabkan dia tidak fokus pada teknik nyanyian.
Bagaimanapun, Thamiera mendedahkan dia dan dua orang lagi ahli kumpulannya terpaksa menyanyikan lagu tersebut mengikut apa yang telah ditetapkan.
“Tak ada la akak lagu itu kami dibagi dan key terlalu tinggi. Kami dah minta key yang rendah tapi dapat yang itu. Kami menyanyi sajalah, tak nak menyusahkan sesiapa.
Terdahulu, The Gadys dianggotai Aznie Azmi, Ayunie Rizal dan Thamiera Chan itu menjadi perhatian apabila dilihat bergelut menyanyikan lagu medley Cintaku Sampai Ke Ethiopia nyanyian asal Ria Resty Fauzi, Cinta Sampai Mati (Raffa Affar) dan Gadis Dan Bunga (Rahimah Rahim).
@thamieraa goodnighttt :( #tapitahukahkamu #dygtakamasean ♬ original sound - Thamiera Chan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dituduh Buat Laporan Polis Terhadap ‘Abang Bas’, Diana Danielle Minta Netizen Kemukakan Bukti! - “Nak Maki Pun, Carilah Fakta Yang Betul…”

gempak
20/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Diana Danielle menegaskan dia tidak pernah membuat laporan polis terhadap pemandu bas atau ‘Abang Bas’ seperti yang didakwa segelintir netizen di laman sosial.
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Viral

“Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

gempak
19/09/2024
09:25 MYT
Nama bekas plastik dan produk dapur terkenal iaitu Tupperware hangat diperkatakan di media sosial selepas ada dakwaan mengatakan jenama itu bakal memfailkan permohonan muflis minggu ini.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Seronok Bekerja Bersama, Nabila Huda Sifatkan Leona Bukan Bimbo - "Dia Kelakar, Manja & Bijak"

gempak
18/09/2024
07:55 MYT
Gerak-geri sering dikritik, pelakon Nabila Huda, menyatakan pempengaruh media sosial sensasi, Kasih Iris Leona, 22, sebagai seorang anak muda yang berbakat, bijak, kelakar dan bukan budak 'bimbo' seperti yang disifatkan netizen.