VIRAL
Netizen Puji Pelakon Popular Thailand Naik Kereta Jenama Malaysia - “Ambil Kau Dia Naik…”
Tular di aplikasi TikTok di mana seorang pelakon dan penyanyi dari Thailand iaitu Santa Pongsapak menaiki kenderaan jenama tempatan, Proton Persona telah mencuri perhatian ramai.
Menerusi klip yang dikongsikan oleh peminat, pelakon itu sedang memandu keluar kereta tersebut dari satu tempat sambil melambai kepada peminatnya yang setia menunggunya.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah ramai yang tidak menyangka Santa menggunakan kereta Proton itu di Thailand.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Ambil kau Santa pun naik persona je wei.”
“Walaupun Santa yang berduit pun naik kereta persona je. Kat sini orang naik persona kena jeling.”
“Tak expect Santa bawa kereta persona. Tetiba rasa nak collabs dengan kereta persona kat rumah ni,” komen netizen.
Setakat artikel ini ditulis, video ini berjaya meraih tontonan sebanyak 278 ribu dan 27 ribu butang suka.
Must-Watch Video