,
Hiburan

Netizen Persoal Tindakan Kongsi Video Kucing Sakit, Ceddy Ang: “Ada Saya Guna Duit Awak?”

Ainun
09/08/2024
21:55 MYT
Ceddy Ang Luah Rasa Kecewa Kepada Netizen Kerana Menganggap Haiwan Hanya Sekadar Haiwan - “Adakah awak tidak mempunyai perikemanusiaan?"
Pempengaruh dan pengacara, Ceddy Ang baru-baru memuat naik satu video di aplikasi X yang memperlihatkan dirinya meluahkan rasa sedih terhadap kucing kesayangan yang mempunyai ketumbuhan pada bahagian hati. Menerusi video yang dimuat naik, ramai dalam kalangan netizen memberikan kata-kata positif terhadap Ceddy.
Sungguhpun begitu, tidak kurang ada yang meninggal komen yang kurang enak didengar. Ada yang juga yang berkata: "Ia hanyalah seekor kucing".
Bagi Ceddy, dia sendiri sudah sedia maklum pasti akan ada meninggalkan komen yang berbaur negatif seperti itu.
“Sebenarnya saya dah agak dah mesti ada orang yang cakap benda-benda seperti itu. Hal Ini adalah sesuatu yang sangat menyedihkan dalam kelompok masyarakat kita.

“Sebab masih ada orang yang tengok anjing atau kucing sebagai haiwan sahaja dan ia tidak layak untuk mendapat layanan yang sama macam anak-anak kita.

“Saya tidak marah sebenarnya. Saya cuma rasa macam kalau awak nampak video yang dikongsi oleh seseorang tentang haiwan peliharaan dalam keadaan sedih dan perkara pertama awak fikir adalah ‘itu cuma seekor haiwan’, saya rasa kesian kepada awak”, katanya.

BERITA TRENDING: Kapten Ahmad Zahiruddin Terharu Dipilih Sebagai Wonda Coffee Keluang Man Of The Month - “Saya Betul-Betul Speechless”

BERITA TRENDING: Tak Henti Disindir Bekas Mentua, Bella Astillah Coretkan Surat Terbuka - “Banyak Lagi Perkara Yang Jauh Lebih Penting…”

Tambahnya lagi, orang yang mempunyai fikiran seperti itu seolah-olah tidak mempunyai simpati terhadap haiwan.
“Adakah awak tidak berperikemanusiaan? Bagi saya, kita tidak boleh paksa orang untuk layan haiwan mereka sama seperti anak mereka.

“Kalau saya nak tunjuk video saya layan kucing saya, suka hati saya la. Kalau saya nak hantar kucing peliharaan saya pergi jumpa doktor sekali pun, ada saya guna duit awak? Jadi, kenapa awak nak terasa?”, jelasnya kepada Gempak.

Selain itu, Ceddy turut terkesan apabila ada juga netizen yang bertanya kepadanya adakah dia memberikan coklat kepada kucing peliharan.

BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Hadir Sebagai Wild Card, Dhabitah Muncul Penerjun Ke-12 Terbaik Dunia

BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Perjalanan Izzah Izzati Dalam Acara Pecut Berakhir

“Saya paksa suruh perempuan itu baca balik komen dia and fikir satu kali lagi adakah ciapan tersebut masuk akal? Sebab saya sudah jadi pemilik kucing selama 13 tahun, dan awak cuba bagitahu saya yang saya sengaja bagi kucing saya makan coklat?.
“Itu perkara asas untuk siapa yang memelihara haiwan. Saya tahu niat awak baik untuk bertanyakan soalan macam itu tapi ayat awak sedikit pelik dan ia tidak masuk akal langsung,” kata Ceddy yang memilik lima ekor haiwan peliharannya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aina Abdul Pilih Berkarya Ikut Jiwa, Bukan Paksaan Trend Semasa - “ Saya Tak Boleh Nyanyi Genre Lain Hanya Untuk…”

gempak
23/11/2024
21:55 MYT
Malah, lagu-lagu ciptaanya juga sering mendapat kritikan kerana bagi netizen lagu yang dinyanyikan dianggap sama dan tiada perubahan.
Hiburan

Ebby Yus Tolak Tawaran Tiga Penderma Buah Pinggang - "Saya Tak Sampai Hati..."

gempak
23/11/2024
18:32 MYT
Pelakon, Ebby Yus, 59, kini menjalani dialisis di rumah untuk penyakit buah pinggangnya bersyukur mendapat perhatian ramai termasuk menerima sumbangan daripada rakan artis untuk membantu mengurangkan bebannya.
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Hiburan

Netizen Persoal Pakai Bathrobe Saiz Kecil, Intan Najuwa Jawab – “Amboi Mulut Kau, Memang Time Hamil Pun Pakai XS Atau S”

gempak
22/11/2024
09:55 MYT
Pelakon, Datin Intan Najuwa membalas komen netizen yang seoalah-olah menyindir tentang saiz pakaian yang bakal dibawa ke hospital sebelum bersalin.
Hiburan

“Saya Bernasib Baik Tiada Kecederaan Kekal Pada Anak” - Dr Say Dah Buang Maid! Terima Teguran Netizen, Mohon Maaf Atas Kelalaian

gempak
22/11/2024
07:55 MYT
Personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril menerima teguran netizen dengan hati terbuka susulan isu pembantu rumahnya sebelum ini.
Unitar