,
Laman Utama

Netizen Panas Punggung Farra Inalis Kata Berpanas Peluh Jadi Sukarelawan - "Aku Yang Jahil Rambut Merah Ni Turun Padang, Kau?"

Amri Hassan
25/12/2021
05:25 MYT
Isteri kepada penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan Caprice, Farra Inalis menjadi buah mulut netizen apabila turut sama turun padang menjadi sukarelawan dan menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir baru-baru ini.
Menerusi hantaran di Instagramnya, Farra atau lebih dikenali sebagai Elis berkongsi beberapa aktiviti yang dilakukan bersama Caprice.
Terbaharu juga, Elis memberitahu keadaan semasa di lokasi yang dilawatinya panas hingga seakan-akan bermandi peluh.
Namun, hal itu kurang disenangi dengan pengikut akaun media sosialnya hingga ada yang panas punggung dan menempelaknya dengan pelbagai tohmahan tidak enak.
Elis tidak berdiam diri malah tampil membidas semula serangan dari netizen.
"Ramai sebenarnya nak jadi ustaz ustazah kat Malaysia ni. Maka, jadilah ustaz ustazah di media sosial ya.
"Sibuk nak judge orang, jaga tepi kain orang. Cuba jaga tepi kain sendiri yang tengah koyak tu, nampak tu, malu.
"Sekurang-kurangnya walaupun aku ni yang jahil rambut merah ni tolong padang pergi tolong. Aku tak menunjuk aku tak cakap yang aku penat lelah sampai nak mamp*s, tak ada.
"Aku cakap panas je, memang panas pun hari ni macam mandi peluh.
"Jadi, apa masalah yang kau rasa panas bontot sangat? Aku pinjam kereta kau ker pergi? Atau aku pinjam phone kau ke nak ambil gambar tu? Kenapa? Apa masalah? Minumlah clorox banyak-banyak," katanya.
Elis juga tampil membalas komen pengguna Instagram yang mendakwa dirinya sekadar bermain wayang turun menjadi sukarelawan banjir.
"Betullah tu, kalau you sudi, I nak sponsor you juga pergi jumpa doktor pakar untuk periksa hati. Sebab I faham orang ada masalah hati hitam ni memang hidup dia tak tenang," ujarnya.
Tindakan murni Elis dan Caprice yang turut serta dalam misi bantuan banjir itu terus mendapat pujian daripada netizen.
Untuk rekod, Elis dan Caprice berkahwin pada 15 November lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Viral

“Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

gempak
19/09/2024
09:25 MYT
Nama bekas plastik dan produk dapur terkenal iaitu Tupperware hangat diperkatakan di media sosial selepas ada dakwaan mengatakan jenama itu bakal memfailkan permohonan muflis minggu ini.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.