,
Laman Utama

Netizen Kurang Puas Hati Dengan Dokumentari MH370: The Plane That Disappeared, Sifatkan Macam Konspirasi

Awani
12/03/2023
13:50 MYT
SIRI dokumentari yang dinanti-nantikan ramai, MH370: The Plane That Disappeared menemui penonton di platform Netflix, bermula Rabu.
Siri tiga episod itu disasarkan untuk menyiasat apa sebenarnya yang berlaku kepada penerbangan Malaysia Airlines yang hilang bersama 239 penumpang pada 2014 itu.
Namun begitu, berdasarkan pemerhatian secara umum reaksi penonton di media sosial, ramai yang terkilan dengan tiga teori yang dipaparkan dalam siri tersebut.
Paling mendapat perhatian apabila juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah, disebut sebagai salah satu kemungkinan atau Theory 1 yang membawa kepada kehilangan pesawat berkenaan.
Netizen berpendapat ia seolah-olah salah satu cara untuk meletakkan kesalahan kepada seseorang, dan paling mudah melakukannya adalah pada individu yang sudah tidak ada untuk mempertahankan diri.
Dalam masa yang sama, dokumentari itu dianggap lebih fokus kepada teori konspirasi tanpa hujah kukuh, jauh sekali mahu menjawab persoalan orang ramai tentang apa yang berlaku.
Terdapat juga penonton yang berpendapat siri itu lebih baik dimasukkan sebagai sebahagian daripada siri 'Unsolved Mysteries' di Netflix, dan bukannya dokumentari.
Namun harus diingatkan bahawa tidak semua dokumentari mempunyai jawapan konklusif, sebaliknya hanya paparan penerokaan terhadap teori yang sedia ada.
'MH370: The Plane That Disappeared' memaparkan wawancara dengan ahli keluarga penumpang dan anak kapal yang hilang, penyelidik dan wartawan.
Ramai daripada mereka yang ditemu bual berkongsi pengalaman, selain teori peribadi tentang apa yang berlaku kepada pesawat itu. -AWANI-
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Viral

“Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

gempak
19/09/2024
09:25 MYT
Nama bekas plastik dan produk dapur terkenal iaitu Tupperware hangat diperkatakan di media sosial selepas ada dakwaan mengatakan jenama itu bakal memfailkan permohonan muflis minggu ini.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.