,
Laman Utama

Netizen Kritik Wanita Selfie Masa Sujud - “Hidup Berimamkan Media Sosial Macam Ni Lah”

Gempak
30/11/2023
07:25 MYT
“Tolong hormat agama,” itulah keluhan warganet setelah satu video seorang wanita menjadi tular selepas memaparkan dirinya menangkap swafoto ketika sedang sujud dalam solat.
Menerusi tangkap layar yang dimuat naik di Platform X oleh seorang pengguna, individu itu mempersoalkan tindakan wanita tersebut mempermainkan solat hanya untuk konten di media sosial.
“Nak buat konten pun, sampai mempermainkan solat,” tulisnya.
Ciapan itu mendapat perhatian netizen di mana majoriti menyelar tindakan wanita berkenaan yang disifatkan sebagai seorang yang tidak menghormati agama dan hidup berlandaskan media sosial semata-mata.

Berita Trending: Pakai Pakaian Solat Di Rumah, Warga Pales*** Sedia Mati Syahid Jika Kediaman Tiba-Tiba Dibom

Antara reaksi yang diterima:
“Hidup berimamkan media sosial macam ni lah. Generasi rosak. Tenang je mainkan agama,”
“Sampai suatu ketika, agama dan Tuhan pun menjadi mainan dan ketawa bagi mereka,”
“Jangan macamtu. Tak payah sampai selfie masa sujud dik.”
Setakat artikel ini ditulis, entri itu berjaya meraih lebih 400,000 tontonan dan 4,000 tanda suka.
Sumber: Platform X
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.