,
Laman Utama

Netizen Dakwa Sheila Rusly Tak Patuh SOP Masa Solat Jemaah Tarawih - "Faham Nak Tarawih Tapi Boleh Kot Lepas Bowling Di Rumah ..."

Zulaikha Yusof
21/04/2021
05:20 MYT
Tindakan pelakon dan penerbit popular, Sheila Rusly, 50, memuat naik sebuah video bersolat tarawih secara berjemaah di sebuah pusat boling di Petaling Jaya telah mengundang kritikan netizen di laman sosial.
Menerusi rakaman yang dikongsikan di Instagram (IG), kelihatan suami Sheila, Jinggo sedang mengimamkan solat sambil diikuti kumpulan jemaah lelaki dan perempuan di belakangnya.
Timbul ketidakpuasan hati dalam kalangan warganet adalah disebabkan tidak ada penjarakan sosial di antara jemaah, tidak memakai pelitup muka ketika bersolat malah ada adegan bersalaman.
"Tak pakai mask, tak patuh garis panduan dan operasi standard (SOP), tak ada penjarakan fizikal. Tapi serius la. Tarawih? Di pusat bowling? Di tengah-tengah orang ramai? Faham nak tarawih tapi boleh kot tarawih lepas bowling di rumah? Selagi tak subuh, selagi tu boleh buat," tulis seorang pengguna bernama @AnisAshaari di laman Twitter.
Wanita itu juga menggesa pihak berkuasa untuk membuat siasatan bagi membongkar kebenaran.
Ruangan komen di IG juga diserbu oleh segelintir individu yang kesal dengan tindakan pelakon drama Pia itu.
Sebelum ini, Sheila menyatakan dia masih sempat melakukan ibadah dengan bersolat tarawih secara berjemaah biarpun suasana di pusat boling tersebut kelihatan sibuk dengan kehadiran pengunjung.
"Malam kelapan. Tiada lagi alasan. Islam itu syumul (sempurna dan menyeluruh). Iftar (berbuka puasa) dan tarawih bersama dengan keluarga besar saya.
"Solat Isyak dipimpin oleh Tuan Haji Jinggo (suami), manakala solat sunat tarawih dipimpin oleh saudara @itsokaymarr," tulisnya.
Difahamkan, video berkenaan diambil oleh bakal menantu Sheila dan Jinggo iaitu pelakon Elisya Sandha.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Polis Sangkal Dakwaan Pelakon Wanita Siasatan Tidak Ikut SOP

gempak
08/09/2024
05:34 MYT
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal dakwaan dibuat seorang pelakon wanita kononnya pihaknya gagal membuat siasatan terhadap 14 laporan dan menyifatkan ia sebagai tindakan yang tidak bertanggungjawab.
Hiburan

Ibu Mentua Dah Tanya Bila Nak Ada Anak Kedua, Elisya Sandha Pula Mahu Beli Rumah

gempak
10/06/2024
11:55 MYT
Pelakon Elisya Sandha mengakui ibu mentuannya iaitu pengarah dan pelakon Sheila Rusly sudah menyuarakan hasrat untuk mempunyai cucu kedua.
Laman Utama

“Mak Mentua Faham Kerja Saya, Tidak Cepat Menghukum” - Elisya Sandha

gempak
23/10/2023
23:50 MYT
Elisya syukur ada ibu mentua yang memahami.
Laman Utama

[VIDEO] Untungnya Elisya Sandha! Galas Tanggungjawab Besar Selepas Sertai Syarikat Produksi Mentua - “Pengakhiran 2022 Telah Sampai, Cabaran 2023…”

gempak
30/12/2022
01:51 MYT
Wah tahniah!
Laman Utama

Netizen Tanya Perasaan Fasha Sandha Lihat Sheila Rusly Jadi Mentua Elisya; “Saya Yang Menyatukan…”

gempak
23/12/2022
08:30 MYT
Kebahagian Elisya kebahagian Fasha juga