,
Laman Utama

Netizen Dakwa Abang Baju Merah Yang Tunjal Kepala Pemandu Wanita Pernah Tampar Staff Sebuah Restoran? Ini Tindakan Pihak Berkuasa…

Izwan Isa
08/06/2023
23:50 MYT
Baru-baru ini, viral di media sosial mengenai kisah pemandu wanita yang ditunjal kepalanya oleh seorang lelaki.
Ada pelbagai cerita lain yang turut bercambah selepas isu berkenaan tular, termasuk kisah seorang lagi wanita yang mendakwa lelaki sama pernah menampar seorang pekerja restoran.
Menerusi satu rakaman video, wanita tersebut menjelaskan, kejadian tersebut berlaku di hadapan matanya sendiri.
BACA: Lelaki Biadap Tunjal Kepala Wanita Akhirnya Ditahan, Netizen Komen - "Tangan Laju Daripada Otak Memang Mendapatlah"
“Abang baju merah tu, dia tampar staff di sebuah restoran. Memang terjadi di depan mata saya dan family. Masa tu tengah nak order makanan, dia dah tampar sekali, tapi saya malas nak masuk campur.
“Masa dia nak pergi bayar, dia marah-marah. Walaupun makanan lambat sejam, sabarlah. Kalau tak nak tunggu, boleh angkat kaki. Kemudian dia lempar makanan dan tampar seorang staff baharu berkali-kali. “Sampaikan saya dah tak tahan, saya cakap berhentilah, orang ramai ni, kita nak makan tenang-tenang. Sehingga saya beritahu nak hubungi polis, dia datang ke meja dan kata jangan masuk campur,” ujar wanita berkenaan.
Sementara itu, polis Pahang telah membuka kertas siasatan terhadap seorang lelaki yang tular selepas mengasari pemandu wanita di Tapah, Perak kerana disyaki turut mengasari pekerja restoran di Cameron Highlands.
BACA: Mangsa Road Bully Dengar Lagu Ayda Jebat Ketika Dikasari, Tuan Empunya Lagu Akui Kecewa... - “Apa-Apa Pun Cuba Selesaikan Dengan Baik”
Lelaki berusia 29 tahun itu yang tular selepas menunjal dan memarahi mangsa di Tapah ketika menuruni Cameron Highlands difahamkan turut menampar pekerja sebuah restoran.
Tindakan itu dibuat kerana lelaki tersebut tidak puas hati apabila makanan yang dipesannya lambat diterima.
Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, susulan laporan yang dibuat mangsa, pihak polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Pelajar Hidap Penyakit Sopak Selepas Ditampar Guru

gempak
08/09/2024
18:55 MYT
Huang berkata, dia membawa anaknya, Liu yang berusia 11 tahun ke hospital selepas menyedari pipi kanan anaknya membengkak teruk.
Viral

Gara-Gara Potong Kenderaan Polis, Lelaki Teruk Ditampar

gempak
22/08/2024
05:55 MYT
Tindakan seorang pegawai polis di Mesuji, wilayah Lampung, yang menampar seorang lelaki kerana memotong keretanya, mengundang perhatian orang ramai, lapor laman berita Tribunnews semalam.
Berita

Lelaki Buta Mata Selepas Tampar Lalat Hinggap Di Muka

gempak
27/07/2024
07:50 MYT
Seorang lelaki di China telah buta sebelah mata selepas menampar seekor lalat dikenali sebagai dry fly yang hinggap di mukanya baru-baru ini, lapor South China Morning Post.
Hiburan

Miss K: Pelakon Lelaki Teringin Nak Tampar Aktres Sebab Buat Hal Di Set, Netizen Petik Nama Baizura Kahar?

gempak
31/05/2024
08:02 MYT
Miss K nak rewind baliklah, kecoh baru-baru ini katanya ada seorang pelakon lelaki ni teringin nak tampar seorang aktres sebab buat hal dekat set.
Laman Utama

Netizen Pertahankan Guru Tampar Murid Di Khalayak Ramai - "Bukan Mendera, Tapi Bagi Pengajaran"

gempak
14/12/2023
05:55 MYT
Nak mendidik ada caranya