gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: 10 Suara, Siapa Akan Ke Final? Jom Semak Senarai Lagu Minggu Separuh Akhir
HIBURAN
“Tak Nak Susahkan Mama…” - Cik B Mahu Cepat Sembuh, Ikhtiar Jumpa Bomoh Tulang
HIBURAN
A Aida Tak Galakkan Anak Jadi ‘Full Time’ Pelakon - “Ramai Rakan Pengarah Ingin Ambil Dia Berlakon Tapi…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Netizen Anggap Rezeki Reen Rahim Dapat Pasangan Muda; “Best Sebenarnya Dapat Suami Muda, Sebab…”

Shahrin Zulkifle
Shahrin Zulkifle
26/12/2022
14:00 MYT
Sponsor Banner
Netizen Anggap Rezeki Reen Rahim Dapat Pasangan Muda; “Best Sebenarnya Dapat Suami Muda, Sebab…”

Pelakon Reen Rahim sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Ahmad Nur Hazim Abidin dalam sebuah majlis yang berlangsung di Baraombak Marina, Putrajaya pada Jumaat.

BACA: Reen Rahim Selamat Bernikah, Terima Mas Kahwin Sedulang Barang Kemas

BACA: Betul Ke Majlis Kahwin Reen Rahim Bernilai RM15 Juta? “Semua Saya Bayar Sendiri, Tapi…”

Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian wargamaya adalah mengenai perbezaan umur pasangan tersebut.

Menerusi satu video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok, perkongsian tersebut mendedahkan umur Reen berusia 34 tahun manakala Hazim berusia 28 tahun.

"Umur bukan penghalang," tulis ringkas pada bahagian kapsyen video tersebut.

@hazimzainal4 umur bukan penghalang.. ♥️ #reenrahim #hazimzainal #suamireenrahim #reenrahimnikah ♬ ชอบเธออ่ะ - K.Story009

Menjengah ke ruangan balas, ada segelintir wargamaya merasa terkejut apabila mengetahui perkara berkenaan.

Pun begitu, ada juga yang menganggap bahawa umur bukan perkara utama dalam perkahwinan, sebaliknya perasaan cinta kepada pasangan.

“Owh Reen lebih berusia rupanya, baru aku tahu. Tak apa, yang penting bahagia, rezeki masing-masing,” ujar seorang netizen.

“Takpe, umur bukan penghalang, best sebenarnya dapat kahwin dengan suami muda, sebab selalunya suami muda ini kelakar,” komen seorang warganet.

“Yang penting adalah hati dan perasaan cinta itu, berkasih sayanglah sampai syurga, saya doakan Reen dan suami bahagia selamanya,” tulis seorang wargamaya.

View this post on Instagram
A post shared by Reen Rahim (@reenrahim)
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
#Kahwin
#Reen Rahim
#Wedding
#Hazim Zainal
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement