,
Laman Utama

Netflix, Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI, TVBAnywhere+ Kini Di Astro!

Azwa Rahman
09/11/2021
10:40 MYT

Demi pengalaman menonton televisyen yang hebat, Astro menawarkan pek-pek langganan terbaharu yang mana membenarkan pelanggan untuk strim Netflix di Astro dan nikmati lebih nilai dan penjimatan.

Khas untuk pelanggan yang sukakan dunia penstriman, mereka kini boleh menstrim segala program kegemaran menerusi Ultra Box dan Ulti Box tidak lama lagi.
Kini, pelanggan boleh menikmati program-program popular kegemaran menerusi satu platform utama Astro; dari perkhidmatan penstriman terkemuka dunia seperti Netflix, Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI, TVBAnywhere+ ke program-program kebanggaan Astro dan acara sukan berprestij dunia secara langsung, semuanya ini menerusi skrin besar dan alat peranti masing-masing. Menurut Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Astro & Ketua Pegawai Eksekutif TV Astro, Euan Smith, Astro sentiasa memberikan apa yang diinginkan oleh para pelanggan.
“Khas buat pelanggan yang menginginkan sesuatu yang mampu menepati kehendak mereka, Astro menawarkan lebih banyak pilihan menerusi kelbagaian kandungan yang lebih hebat dan menarik, namun begitu pada masa yang sama memiliki faktor lebih nilai.
“Kami akui, sejak kebelakangan ini, kesederhanaan telah menjadi teras utama kami di Astro, justeru kami telah mempergiatkan usaha untuk mentransformasikan keseluruhan pengalaman Astro secara holistik kepada lebih mudah, ringkas, menjadi platform utama pilihan pelanggan.
“Edisi terbaharu ini akan menyertai kolaborasi sedia ada kami di antara Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI dan TVBAnywhere+, serta banyak lagi perkhidmatan penstriman terkemuka yang akan turut bekerjasama di masa akan datang.”
Selain itu, tambah Naib Presiden Pembangunan Perniagaan, APAC, Netflix, Tony Zameczkowski, misi utama mereka adalah untuk menyajikan hiburan terbaik kepada semua pelanggan Astro.
“Kami di Netflix begitu teruja untuk membawakan pengalaman hiburan lebih hebat ke alat peranti yang pelbagai kepada lebih ramai rakyat Malaysia di luar sana.
“Di Netflix, kami begitu gembira apabila kolaborasi bersama Astro yang mampu membuka peluang kepada lebih rakyat Malaysia merasai pengalaman terbaharu dan menikmati katalog kandungan kami yang pelbagai dari filem-filem pecah panggung Hollywood seperti ‘Red Notice’, siri-siri popular Sepanyol seperti ‘Money Heist’, sajian kandungan terhebat Korea seperti ‘Squid Game’, yang kini berjaya mencetuskan satu fenomena dan cukup popular di kalangan peminat di Malaysia.”
Pakej-pakej terbaharu Astro yang tersedia adalah Pek ‘Primary’, ‘Entertainment’, ‘Sports’, ‘Movies’, ‘Entertainment Plus’, ‘Premium 1, 2, 3’ dan ‘Platinum’. Untuk Pek ‘Entertainment Plus’, ‘Premium 2, 3’ dan ‘Platinum’, ia akan disertakan bersama Netflix, dan sajian kandungan dari Korea serta rancangan-rancangan Seram, serta variasi hiburan seperti HGTV HD, Cartoon Network HD dan program-program terhebat Asia.
Pengalaman Baharu Terhebat Astro ini direka khas untuk menggalakkan pelanggan strim program-program kegemaran masing-masing di satu platform utama, dengan antara muka yang intuitif, dan semuanya ini dalam satu bil sahaja. Daftar hari ini di www.astro.com.my.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Konflik Keluarga, Rampasan Kuasa Menggelegakkan The Impossible Heir!

gempak
10/03/2024
15:55 MYT
Apa yang seseorang itu sanggup lakukan jika dia mengetahui bahawa dirinya merupakan seorang anak luar nikah kepada konglomerat Korea?
Hiburan

Kaki K-Drama? Ini 7 Program Dari Korea Yang Anda Perlu Nantikan Sepanjang 2024 Di Disney+ Hotstar!

gempak
21/02/2024
11:55 MYT
Program-program tersebut termasuklah Blood Free, Unmasked, The Tyrant, Gangnam B-Side, The Zone: Survival Mission Musim Ketiga, Uncle Samsik dan Light Shop
Laman Utama

Adinia Wirasti Dedah Perbezaan Antara Siri Mendua Dengan Doctor Foster, The World Of The Married

gempak
25/12/2022
14:50 MYT
Banyak perbezaan yang diutarakan oleh Adinia
Laman Utama

Disney+ Hotstar Umum Deretan Drama Korea Sepanjang 2023, Dengan Connect & Big Bet Antara Yang Boleh Distrim Bermula Disember

gempak
03/12/2022
05:50 MYT
Menarik!
Laman Utama

Suki Low, Liana Jacklon & Khaireel Akasha Kongsi Pengalaman Jadi Alih Suara Animasi Pinocchio Versi Bahasa Melayu

gempak
26/09/2022
13:55 MYT
Animasi Pinocchio tampil versi Bahasa Melayu.