,
Laman Utama

Nenek Ditelan Ular Sawa!

Syafiqah Jalal
26/10/2022
07:06 MYT
Kehilangan seorang nenek terjawab!
Seekor ular sawa sepanjang kira-kira enam meter menelan seorang nenek berusia 50-an di dalam hutan di Jambi, Indonesia baru-baru ini.
Wanita itu hilang pada malam Jumaat di hutan berhampiran rumah keluarganya di wilayah Jambi, barat Sumatera.
Penduduk tempatan kemudiannya menghantar rombongan bagi mencari dan dua hari kemudian menemui seekor ular besar di dalam hutan dengan perut yang membengkak.
Apabila perut haiwan tersebut dibedah, mereka mendapati terdapat mayatnya di dalamnya.
Anto iaitu ketua kampung tempat wanita itu menetap berkata, ular sawa itu berkemungkinan membunuhnya.
Beliau berkata, tiada seorang pun penduduk menyaksikan wanita tersebut dibaham ular itu ketika dia pergi ke hutan seorang diri.
Mangsa tidak pulang ke rumah selepas pergi ke kebun bagi mengutip getah dari pokok-pokok itu pada Jumaat.
Keluarganya kemudian melaporkan kehilangannya kepada pihak berkuasa tempatan dan pencarian telah dilakukan sejak itu.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Hilang Lebih Setahun, Lelaki Ini Cuba Bertahan Dengan Minum Darah Penyu & Air Kencing Sendiri

gempak
16/09/2024
14:55 MYT
Selepas 438 hari terdampar di lautan, seorang lelaki yang dikenali sebagai Jose Salvador Alvarenga akhirnya terselamat manakala rakannya tidak.
Viral

Curi Duit Nenek, Lelaki Tergamak Belasah & Bakar Tangan Anak Saudara Sebagai Pengajaran

gempak
12/09/2024
02:55 MYT
Baru-baru ini tular satu video memaparkan seorang kanak-kanak perempuan telah didera oleh seorang lelaki.
Terkini

Anggota Trafik Alami Simptom Hilang Memori Selepas Kemalangan

gempak
06/09/2024
04:55 MYT
Anggota parah selepas bertembung dengan motosikal lain di Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), di sini ketika penugasan Ops Samseng Jalanan pada 28 Julai lalu kini bergelut dengan simptom kehilangan memori.
Berita

Remaja Merajuk Lari Masuk Hutan Ditemui Selamat

gempak
30/08/2024
15:30 MYT
​Seorang remaja yang dilaporkan lari ke dalam hutan berhampiran Taman Belimbing Harmoni, Alor Gajah pada malam Khamis ditemukan selamat.
Berita

Polis Minta Bantuan Kesan Mohd Ridzlan, Hilang Sejak 12 Ogos

gempak
20/08/2024
06:39 MYT
Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak sembilan hari lalu di daerah ini.