,
Gaya Hidup

Nenek 80 Tahun Bersaing Rebut Mahkota Miss Universe Korea

Awani
29/09/2024
13:53 MYT
Lahir kira-kira sedekad sebelum Miss Universe diadakan buat kali pertama pada 1952, Choi Soon-hwa berpotensi mencipta sejarah sebagai peserta paling tua dalam pertandingan itu selepas berjaya menjadi finalis dalam Miss Universe Korea.

BERITA TRENDING: Sandra Lim Dinobat Miss Universe Malaysia 2024! - "Segalanya Berlaku Begitu Pantas, Syukur"

Pada Isnin, dia dan 31 peserta lain akan bersaing bagi merebut mahkota, sekali gus mewakili Korea Selatan di final Miss Universe di Mexico, November depan.
Hal itu adalah susulan penarikan semula had umur oleh Miss Universe Organization, selain turut mengemas kini kriteria kelayakan untuk membolehkan wanita hamil, ibu, dan wanita yang telah atau pernah berkahwin, menyertainya.
Soon-hwa adalah peserta warga emas ketiga yang membuat percubaan, dengan dua peserta terawal ialah Lorraine Peters (Miss Universe Kanada) yang berusia 58 tahun dan Alejandra Marisa Rodríguez (Miss Universe Argentina) yang berusia 60 tahun, namun kedua-duanya tidak berjaya mara untuk mewakili negara masing-masing.
"Sekarang sekatan umur telah ditarik balik, saya beritahu diri saya, saya harus mencuba.
“Sama ada saya berjaya atau tidak, itu soal lain kerana saya berazam untuk mencuba," katanya kepada CNN.

BERITA TRENDING: Cantik! Peminat Puji Amelia Henderson Macam ‘Anak Patung’ - “The Real Miss Universe”

Sekiranya dia merangkul gelaran itu dan mara ke Mexico, Soon-hwa akan menjadi peserta paling senior; lebih dua kali ganda daripada finalis tertua setakat ini yang berusia 40 tahun, Beatrice Njoya dari Malta.
Kali pertama menyertai pertandingan ratu cantik, Soon-hwa bagaimanapun tidak asing lagi dengan dunia fesyen Korea.
Dia menyertai bidang peragaan selepas bersara dari pekerjaan sebagai caretaker di hospital, bagi membantu membayar hutang.
Soon-hwa mengikuti kelas mingguan di akademi peragaan, selain sering berlatih berjalan (catwalk) di hospital semasa masih bertugas.
Dia menandatangani kontrak dengan sebuah agensi pada 2017 sebelum membuat debut pada Minggu Fesyen Seoul, ketika berusia 74 tahun. Sejak itu, dia sering muncul dalam majalah fesyen edisi Korea termasuk Harper's Bazaar dan Elle.
Soon-hwa percaya pengalaman peragaannya akan berguna dalam pertandingan.
Nenek kepada tiga anak itu juga mengakui teruja dengan prospek mewakili Korea Selatan ke luar negara.
“Saya selalu mengimpikan untuk naik ke pentas di luar negara, jadi minda saya sudah bersedia. Jepun adalah satu-satunya negara luar yang pernah saya kunjungi, dan saya percaya (penganjur pertandingan) akan mengajar pemenang segala-galanya, jadi saya bersedia," katanya yang menerima sokongan penuh anak-anak dan cucu-cucunya.

BERITA TRENDING: Lucinta Luna Sertai Miss Universe Indonesia 2024, Tukar Nama Jadi Ayluna Putri

BERITA TRENDING: Arab Saudi Cipta Sejarah, Rumy Al-Qahtani Wanita Pertama Sertai Miss Universe

BERITA TRENDING: Pemain Bola Sepak Singapura, Irfan Fandi Bercinta Dengan Ratu Cantik Thailand?

Sumber: Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Peminat Bimbang Lihat Penampilan Terkini Lily Allen: “Anda Okay?”

gempak
06/10/2024
05:54 MYT
Penampilan terkini penyanyi Lily Allen mendapat perhatian dalam kalangan peminat yang bimbang mengenai kesihatannya.
Terkini

Wanita Palestin Mengamuk Di WTKL Mohon Maaf, Tertekan Fikir Anak Di Gaza

gempak
06/10/2024
05:25 MYT
Seorang wanita Palestin yang terlibat dalam insiden kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) tampil memohon maaf dan mengakui turut menyesal dengan tindakan dilakukan.
Hiburan

Bangga Dengan Pencapaian Teman Wanita, Keith Foo Hadiahkan Riena Diana iPhone 16 Pro Max

gempak
05/10/2024
15:55 MYT
Pelakon Riena Diana berkongsi detik gembira dirinya menerima sebuah telefon pintar daripada teman lelakinya, Keith Foo.
Gaya Hidup

4 Fakta Menarik Inovasi Baharu Kasut Ikonik Dr. Martens!

gempak
05/10/2024
14:55 MYT
Dr. Martens terus mencipta sejarah melalui edisi terbaharu Sub Boot dan 14XX Sub Boot.
Hiburan

"Dulu Orang Curang Sembunyi-Sembunyi, Sekarang..." - Adik Waniey Cuit Pendengar Dengan Lagu Curey Depe Mato

gempak
05/10/2024
14:00 MYT
Adik Waniey atau nama sebenarnya Azmahirwani Nordin, 33, mengetengahkan genre ‘Pop Dangdut Moden’, satu konsep baharu yang dijangka mampu diterima ramai pendengar khususnya penduduk di Pantai Timur.
BorakSeeni