,
Viral

Nenek 65 Tahun Janji Beri Bangunan Pada Pemuda 20-an Jika Bercinta 5 Tahun Tapi…

Maliah Surip
12/01/2024
14:54 MYT
Kisah seorang lelaki yang berkongsi cerita mengenai dirinya di forum komuniti atas talian Naver Knowledge iN menjadi perhatian netizen.

BERITA TRENDING: Pesara Guru Rugi RM225,000 Kena Tipu 'Lee Min-ho'

Lelaki berusia 20-an dengan identiti tidak didedahkan itu memberitahu telah melalui sebuah perhubungan cinta yang terjalin atas dasar sikap tamak dirinya sendiri kini memakan diri.
Menurut lelaki tersebut dia telah menjalin cinta dengan warga emas yang tua lebih 40 tahun daripadanya. Wanita yang layak dipanggil nenek itu kini berusia 65 tahun.
Dia bersetuju untuk bercinta dengan warga emas itu selepas tergoda ditawarkan bangunan sebagai balasan kepada hubungan yang mempunyai ‘hitam putih’ kontrak.
“Saya menyewa di sebuah kediaman dan satu hari seorang wanita berusia 65 tahun yang memiliki rumah di situ mengajak saya minum.
“Kami keluar minum sebelum dia menawarkan saya menjadi kekasihnya selama lima tahun. Selepas lima tahun bercinta, dia akan memberi bangunan kepada saya.
“Saya menerima tawaran tersebut kerana tamak dan kini usia hubungan asmara kami sudah melewati lima tahun,” tulis lelaki tersebut seperti dilaporkan AllKPop.
Dia turut menyertakan kontrak percintaan yang ditandatangani sebagai bukti.

PILIHAN PEMBACA: Pemuda Rugi RM30,000, Bakal Pengantin Perempuan Scam Rupa-Rupanya Isteri Orang…

Malangnya lelaki tersebut mendakwa kini seperti ditipu oleh kekasih tuanya itu.
Warga emas tersebut telah meminta lelaki itu menandatangi kontrak percintaan baharu selama lima tahun lagi.
Bukan hanya itu, warga emas tersebut juga tidak mahu memberi bangunan selepas lima tahun bercinta seperti yang dijanjikan.
Oleh yang demikian, dia bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kekasihnya kerana gagal memenuhi perjanjian seperti tertera dalam kontrak sah mereka.
“Lima tahun telah berlalu, patutkah saya mengambil tindakan undang-undang untuk mendapatkan hak saya?”soalnya.
Pertanyaan itu menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dengan antaranya mengatakan sejak awal dia perlu meminta wang bukan menagih janji selain meminta agar dia tidak bersetuju meneruskan hubungan lima tahun lagi kerana bimbang akan terus menjadi mangsa penipuan.

PILIHAN PEMBACA: Netizen Dedah Akaun Palsu Guna Nama Suami Fatin Afeefa - “Buat Malu Saja Kalau Ditangkap Menipu…

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar