HIBURAN
Nelysa Norazlan Selamat Bersalin Anak Kedua, Titip Doa Buat Wanita TTC - “Semoga Satu Hari Nanti Bakal Merasai Momen Ini…"
Personaliti media sosial, Nelysa Norazlan selamat melahirkan cahaya mata keduanya.
Usia kandungan tepat seperti anak sulung
Berita gembira itu dikongsi Nelysa menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.Menurut Nelysa, kelahiran anak keduanya itu berlaku tepat pada usia kandungan 39 minggu, 4 hari sama seperti anak sulungnya, Eushaq.
“Alhamdulillah, 13.7.2025 tepat pukul 10.46 pagi Nely selamat melahirkan anak lelaki kami yang kedua.
“Ingatkan yang ini nak keluar awal sikit dari Eushaq rupanya sama nak keluar tepat 39 minggu 4 hari juga. Terima kasih pada yang mendoakan Nely,” kongsinya.
Doakan wanita TTC
Dalam pada itu, Nelysa turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan keluarga kecilnya.Paling menyentuh hati apabila Nelysa juga menitipkan doa buat wanita yang masih berjuang untuk mendapatkan zuriat atau golongan TTC (Trying To Conceive) supaya dipermudahkan segala urusan.
“Kepada para TTC, kami semua mendoakan kalian, semoga satu hari nanti ahli keluargaku, sahabat dan followers yang belum merasakan jadi seorang ibu bakal merasai moment ni juga,” coretnya.
Terdahulu, Nelysa mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Multazam Nasir dan hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan bayi lelaki bernama Muhammad Eushaq.
Must-Watch Video