gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Peminat Ukir ‘RIP OZZY’ Di Buah Tembikai, Black Sabbath Bridge Dipenuhi Kesedihan
BERITA
42 Guru Wanita Minta Cerai Selepas Terima Pelantikan Tetap
HIBURAN
Daiyan Trisha Harap Dapat Berlakon Bersama Bront Palarae - “Kami Suka 'Buli' Sesama Sendiri”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

“Negara Mana Yang Tentukan Jantina Dia, Kita Tak Campur” - Sajat Tetap Lelaki Di Malaysia

Azwa Rahman
Azwa Rahman
23/02/2022
22:40 MYT
Sponsor Banner
“Negara Mana Yang Tentukan Jantina Dia, Kita Tak Campur” - Sajat Tetap Lelaki Di Malaysia
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary menegaskan transgender Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman tetap lelaki di negara ini.
Menurutnya, maklumat yang tertera di kad pengenalannya adalah menentukan jantinanya yang sebenar meskipun lelaki itu telah bertukar menjadi wanita.
"Itu di negara lain. Dalam negara kita, dia tetap lelaki sebagaimana di dalam kad pengenalannya.
“Sama ada dia nak pilih negara mana, alam mana untuk tentukan jantina itu, kita tak campur. Itu dia punya pasal," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Memetik laporan Gempak hari ini, Muhammad Sajjad, 35, atau dikenali sebagai Nur Sajat memaklumkan sudah menukar status jantinanya kepada wanita secara sah di Australia.
Usahawan kosmetik itu meluahkan rasa gembiranya apabila permohonannya itu diluluskan oleh kerajaan negara kangaroo tersebut.
BACA: “Rasa Seperti Dilahirkan Semula” - Sajat Kini Wanita Di Australia, Dakwa Berjaya Daftar Status Tukar Jantina
Terdahulu, dia diburu pihak berkuasa tempatan selepas waran tangkap terhadapnya dikeluarkan kerana gagal hadir pada sebutan semula pertuduhan berpakaian menyerupai wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.
Pada Jun tahun lepas, polis turut menjejaki Muhammad Sajjad bagi membantu perbicaraan kes penipuan pertukaran nama dan jantina pada kad pengenalan yang berlangsung di Mahkamah Ampang.
Topic Berkaitan
#Kerajaan Malaysia
#Muhammad Sajad
#Nur Sajat Lelaki
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement