,
Laman Utama

Neelofa Terpaksa Korbankan 'Dream Wedding' Dengan PU Riz - "Kita Buat Apa Yang Boleh Sahaja .."

Zulaikha Yusof
08/02/2021
04:54 MYT
Usahawan terkenal Neelofa, 32, akur apabila terpaksa melupakan perkahwinan idamannya gara-gara pandemik Covid-19.
Menurut Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, berkata banyak perkara yang tidak boleh ditunaikan selepas berbincang dengan perancang perkahwinan.
"Semua pasangan ada dream wedding. Saya percaya ramai yang terpaksa korbankan hal ini sebab situasi sekarang sangat tidak mengizinkan.
"Saya sendiri sudah berbincang juga dengan perancang perkahwinan. Disebabkan pandemik dan kes yang masih tidak surut-surut, banyak perkara yang terpaksa dikorbankan.
"Insya-Allah, kita buat apa yang boleh sahaja. Secara amnya, semua dream wedding' pasangan bakal suami isteri hancur sebab memang tak boleh buat apa kerana Covid-19," katanya.
Sementara itu, bekas hos MeleTOP ini masih belum ada jawapan ketika ditanya mengenai desas-desus yang berkemungkinan perkahwinannya akan dipercepatkan.
Katanya, dia akan kongsikan selepas mendapat kata putus yang pasti.
"Dengan keadaan sekarang, banyak perkara yang terhad. Saya sendiri cuba mendapatkan kepastian dengan menghubungi beberapa pihak sama ada sesuai atau tidak untuk mengadakan majlis.
"Banyak perkara yang masih belum jelas. Saya akan kongsi, jangan risau," katanya lagi.
Terdahulu, Neelofa dilaporkan sudah dirisik oleh Pencetus Ummah (PU) Riz, 26, pada 1 November tahun lalu di kediaman keluarga Neelofa.
BACA: Neelofa Sah Dirisik PU Riz!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Hiburan

Tenang Berdepan Kontroversi Melibatkan Perkahwinan Didakwa Tidak Sah, Angeline Tan Syukur Suami Beri Keyakinan - “Kami Menerima Banyak Panggilan & Mesej, Malah…”

gempak
12/09/2024
23:45 MYT
Dalam agama Islam, akad nikah adalah perkara yang wajib dilakukan untuk menjadi pasangan suami isteri. Namun, pernikahan antara Angeline Tan dan Sabri Yunus pernah menjadi isu suatu ketika dahulu.
Hiburan

Raline Shah Minta Ibu & Bapa Carikan Jodoh : “Saya Tinggal Pilih”

gempak
11/09/2024
14:50 MYT
Aktres Indonesia, Raline Shah terkenal bukan hanya kerana bakat lakonan tetapi kejelitaannya.
Hiburan

Tiada Lagi Cinta, Rossa Lebih Selesa Berkawan Dengan Bekas Suami - “Kami Seperti Abang Dan Adik”

gempak
10/09/2024
02:06 MYT
Penyanyi dari seberang, Datuk Seri Rossa, mendedahkan anak tunggalnya, Rizky Langit Ramadan, tidak bersetuju sekiranya dia dan bekas suami, Yoyo, merujuk semula sebagai suami isteri.