,
Hiburan

Neelofa Kongsi Video Memasak,  Netizen 'Usha' Benda Lain Pula...

Asyraf Roslan
09/10/2024
02:25 MYT
Perkongsian video masakan pengacara sensasi, Neelofa di laman Instagramnya menarik perhatian netizen.
Pengacara yang pernah mengendalikan program Meletop itu berkongsi videonya memasak ayam panggang dan juga menyediakan pasta buat keluarganya.
Meskipun masakan yang dikongsikan oleh isteri kepada personaliti, Haris Ismail itu sangat menarik namun apa yang menjadi perhatin netizen adalah penggunaan minyak zaitun di dalam masakannya.
“Banyak minyak tak sihat,”
“Macam trlebih minyak la mommy,”
“Banyaknnya minyak,”
“Minyak banyak sangat tu,”
“Arab kat sini makan olive oil macam gitu la,”
“Kenapa semua takut dengab minyak? Kemon guys,”
“Extra virgin olive oil” ni minum macam tu saja pun tak apa apa, banyakkan membaca guys,” kata netizen di ruangan komen video masakan Neelofa.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Teka Neelofa Hamil Anak Ketiga? - "Cutenya, Macam Nampak Baby Bump Je"

ARTIKEL BERKAITAN: PU Riz Puji Masakan Neelofa, Nak Anak-Anak Makan Makanan ‘Homemade’ Saja - “Kalau Boleh Memang Nak elak…”

ARTIKEL BERKAITAN: Cara Masak Dikritik Netizen, Neelofa Dah Malas Buat Konten Memasak – “Semua Macam Terpaling Betul”

Sebelum netizen memberi komen mengenai minyak masakan, Neelofa sudah menyatakan bahawa dia tidak rasa bersalah menggunakan minyak itu dengan kuantiti yang banyak.
“My boys can’t get enough of this grilled chicken!.
“Before you comment… yes, it’s organic extra virgin olive oil. And no, i wont apologize for it,” katanya di ruangan kapsyen Instagramnya pada Selasa.
Bukan sahaja penggunaan minyak zaitun malah perkakasan masakan Neelofa juga menjadi buah mulut netizen di ruangan komen.
“Kembali semula bersama chef kita Lofa dengan masakan dan perkakasan masakan yang mengujakan kita semua,”
“Dari tadi stuck sini lebih 10 kali dah ulang-ulang... suka betul la, suka semua, suka resepinya, suka peralatannya yang sentiasa estetik dan cute, suka music latarnya, suka cara masaknya, suka tangan orangnya lawa”
“Sukalah tengok barang-barang masak tu,” ujar netizen.
Setakat artikel ini ditulis, video masakan usahawan itu telah ditonton lebih 1.5 juta.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Kalau Makan Lauk Melayu Atau Mamak Rasa Macam Nak Muntah" - Atikah Suhaime Kongsi 'Mual Series Mukbang' Makan Western Food, Netizen Speku Hamil?

gempak
15/09/2024
21:55 MYT
Perkongsian pelakon kelahiran Singapura, Datin Atikah Suhaime menerusi beberapa siri hantaran 'Mual Series Mukbang' di media sosial mengundang pelbagai tanda tanya dan spekulasi warganet.
Hiburan

“Kami Menyimpan Harapan Tinggi Untuk Bekerjasama Lagi” - Neelofa Rakam Penghargaan Terima Kasih Buat Dr Zulkifli Sepanjang Bersama TheNoor

gempak
02/09/2024
10:05 MYT
Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif TheNoor iaitu Neelofa merakamkan ucapan terima kasih kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Hiburan

Netizen Teka Neelofa Hamil Anak Ketiga? - "Cutenya, Macam Nampak Baby Bump Je"

gempak
26/08/2024
21:55 MYT
Bukanlah kali pertama netizen berteka-teki tentang status kehamilan selebriti yang juga usahawan terkenal, Neelofa.
Hiburan

PU Riz Beri Pandangan Mengenai Perkongsian Di Laman Sosial - “Bila Kau Post Benda Agama, Orang Kata Ini Nak Tunjuk baik”

gempak
20/08/2024
03:55 MYT
Pendakwah bebas, PU Riz atau Haris Ismail berkongsi pandangannya mengenai perkongsian seseorang itu di laman sosial menerusi platform Thread miliknya.
Hiburan

PU Riz Titip Pesanan Untuk Lelaki Bakal Berkahwin - “Perkara Ini Juga Ada Ulama Kata Wajib & Sunnah Kata Mesti Dibuat”

gempak
09/08/2024
06:55 MYT
Suami kepada selebriti Neelofa iaitu PU Riz atau Ustaz Haris Ismail menitipkan pesanan untuk golongan lelaki yang bakal mendirikan rumah tangga.
BorakSeeni