,
Hiburan

Nazrief Nazri Belajar Vokal Dengan Bob AF2

Fiza Kamarudin
09/05/2017
06:00 MYT
Pelakon Nazrief Nazri mempelajari teknik menyanyi dan lontaran vokal dengan penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 2, Bob Yusof.
Bakal tampil dengan single pertama, Nazrief mempelajari cara nyanyian yang betul sebagai persiapan untuk bergelar seorang penyanyi.
"Saya sudah merakamkan sebuah lagu genre pop rock yang berjudul Cinta Semalam, dicipta sepenuhnya oleh Hadi Rumnan.
"Sebelum saya merakamkan lagu, saya terlebih dahulu menghadiri kelas vokal bersama Bob selama sebulan sebagai persiapan.
"Bob seorang guru yang bagus dan dia mengajar saya banyak perkara mengenai vokal yang saya belum tahu," kata Nazrief kepada Astro Gempak.
Menjalani proses rakaman lagu hampir empat jam, pengalaman tersebut merupakan sesuatu yang baru untuk Nazrief.
"Empat jam saya berada di studio rakaman. Ketika sesi itu berlangsung, Harry Khalifah memainkan peranannya dengan menjadi 'vocal guide' untuk saya.
"Sepanjang sesi tersebut, saya mengutip banyak ilmu sebagai seorang penyanyi baru. Pengalaman membuat persembahan di atas pentas dan pengalaman membuat persembahan di khalayak ramai tidak sama seperti pengalaman menyanyi di dalam studio rakaman.
"Jika penyanyi membuat sedikit kesilapan ketika sesi rakaman, semuanya harus dilakukan semula. Pengalaman ini merupakan sesuatu yang baru untuk saya," katanya yang ditemui di majlis pelancaran semula MBH Medispa Wangsa Maju.
'Medical spa' terkemuka yang sebelum ini membuka cawangan di Sri Rampai, Wangsa Maju kini telah berpindah operasi di premis baru yang terletak di Blok B, Plaza Wangsa Maju.
Untuk lebih info, layari laman Instagram @mbh_medispa.wangsamaju.
Teks oleh: Kamaruddin Razal

Selfie timeee??

A post shared by MBH Medispa Wangsa Maju (@mbh_medispa.wangsamaju) on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Semoga Bebas Dari Ba** & Serangga Perosak” - Ulang Tahun Isteri, Nazrief Nazri Doa Tiada Penyondol Kacau Rumah Tangga

gempak
30/03/2023
07:45 MYT
Semoga dijauhi.
Terkini

Naskhah Adaptasi Antarabangsa, Drama Liar Penuh ‘Plot Twist’ & Bakal Buat Penonton Tak Senang Duduk

gempak
16/03/2023
04:30 MYT
Confirm best!
Laman Utama

"Saya Pernah Dapat Gambar K**ek Pagi-Pagi" - Tiz Zaqyah

gempak
06/07/2022
00:00 MYT
Takutnya dengar cerita Tiz Zaqyah
Laman Utama

Nazrief Nazri Padam Video Rider Tunjuk Isyarat Lucah, Hormati Permohonan Maaf Keluarga Pelaku - "Dia Pula Duk Update IG Tegakkan ..."

gempak
01/07/2022
01:00 MYT
Dah salah tapi tak mengaku salah
Laman Utama

Dimarahi Sambil Tunjuk Isyarat Lucah, Nazrief Nazri Bengang Diekori Samseng Jalanan - “Saya Hon Kali Kedua..”

gempak
28/06/2022
02:10 MYT
Hati-hati di atas jalan raya.