HIBURAN
Nazim Othman Mahu Kembali Berumah Tangga, Mohon Doa Daripada Netizen
Selepas tujuh tahun menduda, pelakon Nazim Othman menzahirkan rasa ingin kembali berumah tangga.
Menerusi satu hantaran di laman TikTok, pelakon siri Kuasa itu menyatakan rasa ingin kembali berumah tangga itu datang secara tiba-tiba.
“Tiba-tiba hati yang kental ni dijentik rasa untuk kembali berumahtangga,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Pada masa sama, Nazim juga memohon doa daripada orang ramai agar dia dapat bertemu jodoh.
“Mohon doakan yang baik-baik please,” tambahnya. .
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mendoakan agar aktor kacak itu bertemu dengan jodoh yang baik.
“Amin...semoga bertemu jodoh yg baik-baik.
“Semoga dipermudahkan segala urusan.
“Semoga btemu jodoh semula hero ksygn.
“Alhamdulillah. semoga Allah beri petunjuk dan hidayah.
“Semoga cpt berjumpa jodoh yang sebenar..aaminn,” doa netizen untuk Nazim
Sekadar info, Nazim Othman pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Bella Dally pada 10 September 2016. Walaubagaimanapun, selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, mereka sah bercerai Mei 2018.
Must-Watch Video