,
Viral

"Nasihat Saya, Minta Maaf!" - Wardina Safiyyah Tarbiah Fynn Jamal Dalam Sesi IG Live

Amri Hassan
29/06/2020
23:44 MYT
Pelakon Wardina Safiyyah menempelak kenyataan Fynn Jamal berhubung isu rogol yang mengundang kemarahan ramai baru-baru ini.
BACA: “Pakai Tudung Tapi Bergambar Macam Kucing Mengawan” - Fynn Jamal Cetus Kemarahan Netizen Gara-Gara Isu Rogol!
Kata Wardina, pandangan yang dilontarkan Fynn itu kurang tepat dan jenayah rogol berlaku bukan ketika adanya media sosial semata-mata tetapi sejak sekian lama.
"Semua orang menutup aurat tapi hakikatnya rogol berlaku sejak sekian lama dan sukar dibendung.
"Walau niat Fynn untuk menyedarkan orang ramai tapi cara awak seperti menyalahkan wanita semata-mata. Tutup salah, tak tutup salah.
"Hakikatnya dalam dunia ini tak semua wanita menutup aurat misalnya wanita bukan Islam.
"Jadi, isu ini kompleks dan ada banyak lapisan. Ia tidak boleh dibincangkan dengan cara sebegini," katanya ketika sesi siaran langsung bersama Fynn pada pagi Isnin. Nasihat Wardina agar Fynn memohon maaf kepada semua.
"Nasihat saya minta maaf dan akui bahawa isu ini kompleks. Katakan bahawa awak bersimpati atas mangsa rogol.
"Lelaki patut dipersalahkan, tapi ada banyak faktor yang mendorong lelaki melakukan jenayah itu antaranya faktor psikologikal.
"Bukan tugas kita untuk menjaga iman lelaki, mereka perlu jaga iman mereka sendiri andai diletakkan perempuan bogel hadapan mereka sekali pun," sarannya.
Wardina turut menyelar kenyataan Fynn mengenai isu ikhtilat seperti yang dibangkitkan sebelum ini.
"Bila awak cakap selfie, akan ada banyak cara untuk orang menyalahtafsirkannya. Jadi janggan cakap.
"Tak ada salahnya kalau nak upload gambar sendiri.
"Wanita bukan satu fitnah tapi seluruh dunia ini fitnah. Tapi kita perlu hidup dalam masyarakat yang mana wanita pun boleh keluar rumah dan pergi belajar," jelasnya.
Tular baru-baru ini selepas Fynn mengulas mengenai isu rogol dalam sesi soal jawab Instagram Stories.
Kenyataan mengelirukan itu menyebabkan ramai tidak berpuas hati hingga menarik perhatian ramai termasuk Caprice untuk mengadakan sesi siaran langsung bersama Fynn.
BACA: “Apa Kaitan Selfie & Filter Dengan Rogol” - Cuba Beri Penjelasan, Tapi Fynn Jamal Masih Buat Caprice Keliru? Akhirnya...
BACA: “Ibu Dirogol Waktu Rumah Dipecah Masuk, Saya Anak Hasil Tragedi Itu” - Pengakuan Pemuda Ini Kejutkan Netizen
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Lagi 7 Saman Baharu Difail Ke Atas Sean 'Diddy' Combs, Ada Dakwa Telah Diserang & Dir*gol Ketika Parti

gempak
22/10/2024
04:55 MYT
Sebanyak tujuh lagi saman sivil baharu difailkan terhadap Sean "Diddy" Combs termasuk dua daripada dakwaan mengatakan mereka masih di bawah umur ketika didakwa dibius dan diserang oleh penerbit muzik ternama Hollywood itu.
Viral

Dipenjara Aniaya & Rog*l Binatang, Lelaki Tidak Suka Jadi Manusia Mahu Jadi Kuda

gempak
20/10/2024
20:55 MYT
Kisah sadis Adam Britton yang mempunyai kemahiran mengawal haiwan termasuk buaya menganiaya serta merogol binatang sejak beberapa tahun lalu berakhir apabila dia menerima hukuman penjara.
Hollywood

Pemenang Grammy Paksa Lakukan S*ks Bertiga, Rog*l Jurusolek Isteri

gempak
04/10/2024
06:36 MYT
Penyanyi lagu-lagu country, Garth Brooks berdepan pertuduhan merogol jurusolek yang telah bekerja lama untuk isterinya, Trisha Yearwood.
Hiburan

Hana Ismail Akui Kekal Kuat Untuk Anak, Syukur Ada 'Confinement Lady' Jaga Masa Pantang

gempak
02/10/2024
16:23 MYT
Personaliti televisyen dan isteri kepada Da'i Syed, Hana Ismail menzahirkan rasa syukur setelah dibantu oleh seorang penjaga sepanjang dia menjalani fasa berpantang.
Unitar