gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Tangan Dipotong, Ibu Dalam Pantang Maut Dibunuh Suami
GAYA HIDUP
“Jangan Basuh Najis Lembu Dalam Sungai!” - PHM Tegur Tindakan Salah Ketika Ibadah Korban
HIBURAN
Aliff Syukri Bermalam Di Rumah Bibik Tudung Di Surabaya, Bangga Pekerja Hidup Selesa Selepas 15 Tahun - “Dulu Ada Rumah Buluh Saja”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

"Nasihat Saya Baca Ayat Suci Al-Quran” - Seram! Penduduk Kampung Dah Seminggu ‘Diserang’ Gangguan…

gempak
Hanafis Haris
01/02/2022
05:30 MYT
Sponsor Banner
"Nasihat Saya Baca Ayat Suci Al-Quran” - Seram! Penduduk Kampung Dah Seminggu ‘Diserang’ Gangguan…

Tidur dalam ketakutan! Itulah situasi terpaksa dialami beberapa penduduk di kawasan Tanjung Kling sejak beberapa minggu lalu.

Difahamkan, hampir setiap malam, penduduk sekitar dihantui dengan ketukan misteri yang sehingga kini tidak diketahui berpunca daripada mana.

Susulan itu, penduduk kampung terpaksa bergilir-gilir melakukan rondaan bagi memastikan keselamatan masing-masing.

Menurut Sidang Kampung Tanjung Kling Aziz Japar, rondaan dilakukan bertujuan menjaga keselamatan dan keharmonian penduduk.

"Kumpulan rondaan ini membabitkan 20 hingga 30 individu termasuk golongan pemuda yang segera memeriksa ke rumah penduduk sebaik menerima aduan.

"Kumpulan ini mampu sampai dalam beberapa minit saja ke rumah penduduk yang mengalami gangguan dan kami berhubung menggunakan aplikasi WhatsApp," katanya.

Menurut Aziz, dia tidak menafikan kejadian itu mempunyai kaitan dengan unsur mistik.

“Semalam sebanyak 20 kediaman penduduk termasuk di Kampung Balik Bukit, Tanjung Kling, Lereh dan Simpang Tanjung diganggu ketukan misteri itu.

"Nasihat saya kepada penduduk agar berhati-hati dan mengadakan bacaan ayat suci al-Quran di kediaman masing-masing sebagai satu usaha memohon perlindungan Allah daripada gangguan mistik," katanya.

Sumber : Harian Metro

Topic Berkaitan
#Mistik
#Seram
#TanjungKling
Must-Watch Video