,
Hiburan

"Napok Muka Nervous Dop?" - Mat Dan Cuak Jadi Pembaca Ikrar World #QuranHour Depan Sultan Nazrin Shah

Amri Hassan
31/05/2019
03:26 MYT
Selebriti dan pengacara mualaf, Mat Dan akui gementar apabila diberikan tanggungjawab untuk membaca ikrar sempena majlis World #QuranHour di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) semalam.
Debaran lebih memuncak apabila dia diberikan penghormatan untuk membaca ikrar di hadapan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
"Alhamdulillah dah settle tugas saya hari ni sebagai pembaca ikrar.
"Napok muka nervous dop??
"Insya-Allah next year boleh join sekali untuk program @worldquranhour yang sangat bermanfaat. Jom kite sama-sama ‘Baca, Faham, dan Amal Al Quran," tulisnya berkongsi pengalaman di Instagram.
Perkara itu turut diakuinya kepada Sinar Harian.
"Sebenarnya kali pertama saya baca ikrar depan Sultan. Bagi saya ini tanggungjawab besar walaupun pendek tapi perkataan yang disampaikan sangat bermakna.
"Kita berikrar seperti cakap dengan Tuhan, kita kena ambil berat pasal perkara itu," katanya.
Terhibur dengan perkongsian Mat Dan, netizen bagaimanapun turut memuji usaha dan keberaniannya untuk melakukan tanggungjawab tersebut.
"Tak nampak nervous tapi nampak perut," ujar @as_aswani berseloroh.
"Alhamdulillah...tahniah dan sbb mu manusia terpilih,tak semua org dapat peluang gitu," tambah @uwais_rizal.
"Laju Mat Dan bace ikrar tadi, naye saing sebeloh," sahut @alysz_ar.
"Seronok kami hari ni.. orang Melaka orang Perak orang Johor pakat cakap lorat ganung masa ikrar tadi," tulis salah seorang pengguna.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

X-Change: Cinta Tak Kenal Warna Kulit, Ini 5 Pasangan Berlainan Bangsa Yang Popular Di Malaysia

gempak
04/08/2024
13:55 MYT
Drama terbaharu Astro Originals X-Change yang diterbitkan baru-baru ini mengentengahkan satu kelainan di mana ia memaparkan jalinan cinta berlainan bangsa iaitu watak Khalif (Arfie Shah) dan Lilian (Joey Leong).
Laman Utama

“Nak Keluar Beli Barang Depan Tu Pun Tiga Jam” - Mat Dan Kongsi Situasi Raya, Menyesal Tak Naik Motor

gempak
06/05/2022
01:27 MYT
Raya punya penangan.
Laman Utama

Kesiannya… Mat Dan Pergi Hospital Sendiri Selepas Muntah-Muntah Non-Stop Selama Dua Hari - “Telefon Ambulans Tapi…”

gempak
15/12/2021
02:20 MYT
Semoga cepat sembuh!
Laman Utama

“Duduk Negara Orang Kena Ikutlah…”- Mat Dan Tegur ‘Minah Salih’ Yang Viral Berdegil Tak Nak Pakai Mask

gempak
28/10/2021
01:55 MYT
Mat Dan pun kecam tindakan wanita kulit putih itu
Laman Utama

2 Tahun Tak Jumpa Kerana Covid-19, Nenek Mat Dan Meninggal Dunia

gempak
27/07/2021
06:58 MYT
Nenek Mat Dan Meninggal Dunia