,
Berita

"Nanti 'Rumah' Di Bawah Tu..7 Kaki Lagi Kecil" - Dapat Rumah PPR, Dalimawati Tak Kisah Persepsi Orang

ZULHILMI JALIL
11/09/2020
04:30 MYT
Pelakon yang popular menerusi filem Hantu Kak Limah, Dalimawati memberitahu bahawa dia tidak pernah kisah dengan sebarang persepsi umum mengenai status artis yang mendiami kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR).
Sebaliknya, menurut Dalimawati, apa yang penting, impiannya untuk mempunyai kediaman sendiri sejak sekian lama sudah tercapai.
"Masa ada tawaran kerja, bolehlah bayar rumah harga beribu sebulan. Habis tu, kalau tak ada tawaran lagi, tambah-tambah artis veteran macam saya bukan selalu ada job.
"Daripada kita duduk melarat menumpang rumah orang, lebih baik terima peluang yang ada. Saya fikir macam itu sahajalah, tak kisahlah apa orang nak kata, janji saya tak menyusahkan orang minta bantuan," katanya kepada Gempak.
Dalimawati ditemui sewaktu Majlis Penyerahan Surat Tawaran Rumah PPR kepada 25 penggiat seni di Petaling Jaya, Selangor semalam.
Katanya, dia ditawarkan sebuah unit kediaman PPR Sri Aman berkeluasan 650 kaki persegi di Kepong, Kuala Lumpur.
"Sekarang ini, saya menyewa bayar lebih RM1,000 di Puchong. Saya duduk dengan anak, menantu dan cucu. Tengoklah nanti macam mana kalau mereka nak ikut.
"Kalau dia rasa kecil ke apa, nanti 'rumah' di bawah tu (liang lahad)...tujuh kaki, lagi kecil," katanya.
Dalimawati antara 25 penggiat seni yang menerima kediaman PPR menerusi insiatif Perumahan Komuniti Seni Prihatin.
"Inisiatif sebegini memang bagus. Maksudnya mereka prihatin dengan nasib artis veteran macam saya.
"Kena fikir panjang. Lepas ni, nak bayar bulanan rumah pun tak rasa terbeban dah," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

“Jangan Parking Dekat Sini Kalau Sayang Kereta” - Tersalah Parking Di PPR, Pemuda Sedih Side Mirror Dipatahkan

gempak
11/07/2024
05:55 MYT
Seorang lelaki berasa sedih dan kecewa apabila kereta kesayangan miliknya dirosakkan gara-gara didakwa tersalah meletak kenderaan di kawasan yang ‘tidak sepatutnya’.
Hiburan

Urusan Permohonan Rumah PPR Berjalan Lancar, Zaiton Sameon: "Kemungkinan Dapat Menginap Di Situ Tidak Lama Lagi"

gempak
08/04/2024
02:55 MYT
Alhamdulillah...
Laman Utama

Kegembiraan 5 Sekawan Bertukar Jadi Keraguan Dalam Persepsi

gempak
06/07/2023
12:50 MYT
Bermula 29 Jun 2023
Laman Utama

Bantu 250 Warga PPR, Nadhir Nasar Sambut Baik Inisiatif Astro Kasih Menyantuni Komuniti Yang Memerlukan

gempak
13/04/2022
12:50 MYT
Syabas Astro Kasih!
Highlights

Bila Kawan Lama Tiba-Tiba Muncul, Reaksi Anda? Persepsi Pertama Gambarkan Diri Anda Adakah Positif Atau Sebaliknya.

gempak
19/10/2020
13:35 MYT
Sama ada rakan sekolah, universiti atau sesiapa sahaja yang telah lama tidak berhubung tidak semena-mena muncul dalam hidup anda. Pasti pernah terjadi bukan? Dan apa tindakan anda?