gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Nazrief Nazri Terima Permohonan Maaf Individu Fitnah Isteri Tapi….
RANCANGAN
GMW Giveaway: Konsert Raise The Star Malaysia Minggu 5
KELUANG MAN
Sasha Abdul Aziz Selamat Bersalin Anak Ketiga - “Alhamdulillah Lengkap Keluarga 2 Lelaki, 1 Perempuan, Saya Tutup Kilang…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

“Nampaknya Yang Paling Besar, Bukan Betis Tapi Kepala” - Remy Ishak

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
14/07/2025
07:55 MYT
Sponsor Banner
“Nampaknya Yang Paling Besar, Bukan Betis Tapi Kepala” - Remy Ishak
Isu melibatkan pengguna jalan raya dengan penunggang basikal masih menjadi topik hangat dalam kalangan netizen di laman sosial.

Teguran buat penunggang basikal

Bukan sahaja netizen, pelakon terkenal Datuk Remy Ishak turut memberi teguran kepada penunggang basikal yang tidak mematuhi peraturan penggunaan jalan raya.

“Katanya kayuh sihatkan badan. Tapi nampaknya yang paling besar... bukan betis, tapi kepala.

“Jalan raya tu untuk dikongsi ramai, bukan tapak kayuhan untuk ego sendiri. Kalau tak boleh ditegur, baik kayuh dalam mimpi,” tegur Remy.
Pelakon filem Keluang Man ini memberi teguran menerusi Instastory miliknya baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis Buru Kumpulan Penunggang Basikal Halang Laluan Bas

ARTIKEL BERKAITAN: PDRM Larang Aktiviti Berbasikal Di Lebuh Raya, Peraturan Sudah Lama Ada - "Individu Bersalah Boleh Dikenakan Denda ..."

Sebelum ini tular video sekumpulan penunggang basikal yang disyaki menghalang laluan bas di Kilometer 23 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur, arah ke Sungai Buloh selepas lampu isyarat Batu Arang, Kuala Selangor.
Video terbabit memaparkan kejadian antara seorang pemandu bas dan kumpulan pengayuh basikal.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan aktiviti berbasikal di lebuh raya adalah dilarang sama sekali kerana laluan tersebut direka khusus untuk kegunaan pelbagai jenis kenderaan bermotor seperti lori, bas dan motosikal.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, larangan ini penting demi keselamatan semua pengguna jalan raya, termasuk penunggang basikal sendiri yang berisiko tinggi sekiranya berkayuh di lebuh raya.
Jelasnya, peraturan berkaitan juga telah lama termaktub dalam Kaedah Lalu Lintas di bawah LN165/59, yang memperincikan kewajipan penunggang basikal terhadap undang-undang jalan raya.
Topic Berkaitan
#Remy Ishak
#Penunggang Basikal
#Lebuh Raya
#Jalan Raya
#Pengguna Jalan Raya
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement