,
Laman Utama

Namakan Menu ‘Ikan Siakap 3 Rasa Mati Tertembak Di Sempadan…’–Maria Tunku Sabri Diselar Tidak Sensitif!

Fiza Kamarudin
26/11/2020
00:00 MYT
Pengacara Maria Tunku Sabri diselar pengikut di laman sosial Instagram (IG)nya selepas menamakan menu masakannya sebagai ‘Ikan Siakap 3 Rasa Mati Tertembak Di Sempadan Malaysia-Thai’.
Menerusi ruangan kapsyen, Maria turut mengucapkan takziah kepada keluarga anggota PGA terkorban dan meluahkan rasa simpati terhadap kedua-dua mendiang.
“’Ikan Siakap 3 Rasa Mati Tertembak Di Sempadan Malaysia-Thai’.
“Apalah nak jadi mati katak saja Pegawai Gerakan Am di sempadan Msia-Thai. Mati syahid dalam menjalankan tugas demi negara, takziah buat keluarga,” tulisnya.
Bagaimanapun nama resipi dan tulisan ‘mati katak’ mengundang rasa tidak puas hati di kalangan pengikut dan menyelar tindakan bekas pengacara Jalan-Jalan Cari Makan itu sebagai tidak sensitif.
“Just incase you don't realize this, you are being insensitive towards the victim and his family. Tak rasa bersalah ke? Siap namakan resepi macam tu, it's not even funny. Manners makes man Maria. You should know better!,” tulis seorang pengikut.
“Katanya bagi nama resepi sesuai dengan berita terkini, tapi mendiang bukan Islam takkan tak tau pula,” tambah seorang lagi.
“Rasanya kurang elok kot..macam mempersendakan pegawai pga yg meninggal demi negara,” tegur seorang wargamaya.
Bagaimanapun selepas menerima komen negatif daripada pengikut, Maria dilihat telah memohon maaf sekiranya niat disalah erti.
Maria juga dilihat telah menyunting semula tulisannya di ruangan kapsyen.
Maria dilihat menukar ayat ‘mati tertembak’, ‘mati katak’ dan ‘mati syahid’.
“Ikan Siakap 3 Rasa Terkesan Anggota PGA Tertembak Di Sempadan MSIA-THAI. Apalah nak jadi mati camtu saja Pegawai Gerakan Am di sempadan Msia-Thai.
“Mati dalam menjalankan tugas demi negara takziah buat keluarga,” ayatnya selepas disunting.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dituduh Jadi Penyondol & Tak Sensitif Isu Rumah Tangga Fattah Amin-Fazura, Wanna Ali Jawab: “Saya Tak Ada Niat Langsung…”

gempak
13/09/2024
11:55 MYT
Pelakon Wanna Ali tampil menjelaskan perkongsian foto bersama aktor Fattah Amin sudah ditetapkan jadual pada malam tadi untuk dikongsikan di Instagram miliknya hari ini.
Laman Utama

"Buka Peti Sejuk Je Saya Terfikir...." - Allahuakbar! Impak Long Covid, Maria Tunku Sabri Alami Semput, Penat &...

gempak
07/02/2022
03:45 MYT
Moga cepat sembuh!
Laman Utama

#Foodieslife: Siakap Viral? Nah Tiga Rasa Ala Thai! Masak Sendiri Pun Boleh Rasa Macam RM1,000

gempak
06/11/2021
14:00 MYT
Siakap masak sendiri pun boleh rasa macam kayangan juga.
Laman Utama

“Bacaan Oksigen & Darah Tinggi Normal, Cuma Kuman Dalam Darah Semakin Mengganas” – Maria Tunku Sabri

gempak
26/10/2021
05:40 MYT
Semoga baik-baik aja Maria Tunku Sabri...
Laman Utama

“Bacaan Darah Rendah, Jantung Laju..” - Positif COVID-19, Maria Tunku Sabri Dikejarkan Ke MAEPS Menaiki Ambulans

gempak
20/10/2021
22:32 MYT
Semoga cepat sembuh.