,
Hiburan

Nama Penyanyi Bea Soba Bea ‘Dipetik’ Artis Wanita Ditangkap Bersama Pil Kuda, Eddie Hamid: “Terkejut, Macam Tak Percaya”

Amri Hassan
02/11/2024
11:41 MYT
Selain Misha Omar, seorang lagi penyanyi kelahiran Kelantan yang namanya ‘panas’ hari ini gara-gara laporan artis wanita ditahan bersama ribuan pil kuda adalah Eda Ezrin.
Eda yang cukup sohor kini dengan lirik ‘Bea Sabo Bea’ dipetik dari lagu nyanyiannya, Cinta Setandan Pisang didakwa sebagai penyanyi wanita yang terlibat dalam kes jenayah dan tangkapan yang berlaku di Golok, Thailand.
Sebagai komposer yang telah menjalinkan kerjasama dengan Eda, Eddie Hamid berharap penyanyi itu tidak terlibat dengan dakwaan artis wanita yang ditahan dipercayai memiliki 6,000 pil kuda di Thailand.
“Jika baca laporan media ramai yang dakwa seperti dia (Eda). Tapi saya sendiri terkejut dan macam tak percaya dengan laporan jika benar artis itu Eda.
“Tapi saya percaya dan harap dia tak lakukan benda itu.
“Saya harap dan percaya juga dia tak main benda itu (pil kuda). Saya juga harap barang itu bukan milik dia,” ujar Eddie Hamid kepada Gempak.
Menurut Eddie lagi dia kasihan jika laporan tersebut benar menjurus kepada Eda kerana mereka akan memulakan kerjasama baharu dalam masa terdekat.
“Saya memang betul-betul harap bukan dia. Kasihan kerana lusa saya akan rekod lagu baru Eda dan Den Manjo," tambahnya lagi.
Menjelaskan lebih lanjut, sepanjang bekerja bersama Eda, penyanyi itu tidak pernah terbabit dengan masalah salah laku undang-undang atau tidak berdisiplin.
"Dia artis yang baik sangat-sangat," tambahnya.
Jelas Eddie lagi, kali terakhir dia berhubung dengan Eda sekitar lima hari lalu untuk tujuan pengesahan tempahan studio rakaman lagu baharu mereka.
"Kali terakhir berhubung dengan Eda dalam lima hari lepas sebab kita nak set tarikh untuk tempah studio.
"Memang Eda selalu ke sana (Thailand) untuk membuat persembahan, dia memang banyak show di sana," ujarnya.
Terdahulu, media melaporkan enam rakyat Malaysia termasuk seorang artis wanita ditahan selepas dipercayai memiliki dadah jenis pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok, Thailand, awal pagi Jumaat.
Menerusi tangkapan itu, polis Thailand turut merampas 6,000 biji pil kuda.
Sumber berkata, kesemuanya dikatakan ke hotel berkenaan untuk berhibur sempena cuti umum Deepavali.
Menurut sumber lagi, kesemua individu terbabit akan dibawa ke Mahkamah Narathiwat untuk direman.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Bila Dengar Lagu 'Bea Soba Bea' Sekarang, Saya Jadi Sebak, Sedih, Sayu" - Eddie Hamid

gempak
07/11/2024
00:31 MYT
Komposer lagu viral dengan lirik catchy 'bea soba bea' berjudul Cinta Setandan Pisang, Eddie Hamid akui perasaannya kini bertukar menjadi sedih setiap kali mendengar lagu nyanyian Eda Ezrin dan Den Manjo itu.
Hiburan

"Dulu Orang Curang Sembunyi-Sembunyi, Sekarang..." - Adik Waniey Cuit Pendengar Dengan Lagu Curey Depe Mato

gempak
05/10/2024
14:00 MYT
Adik Waniey atau nama sebenarnya Azmahirwani Nordin, 33, mengetengahkan genre ‘Pop Dangdut Moden’, satu konsep baharu yang dijangka mampu diterima ramai pendengar khususnya penduduk di Pantai Timur.
Hiburan

Eda Ezrin & Den Manjo Viral Lagi Dengan Cinta Setandan Pisang, Lagu Loghat Kelantan Mendunia Di TikTok, Stesen Radio!

gempak
22/02/2024
11:47 MYT
Eda Ezrin dan Den Manjo popular di Pantai Timur!
Laman Utama

Farah Rose, Pilot Wanita Bersuara Merdu Lancar Lagu Pertama 'Cerita Ku' - "Saya Memang Minat Menyanyi Sejak Kecil"

gempak
10/02/2022
06:40 MYT
Selamat maju jaya Farah Rose!
Hiburan

Lepas PM Sebut, Lagu Jange Kelik Laa Weii Ditonton Hampir 300 Ribu Kali! Fuhhh…Naik 5 Kali Ganda Dalam Masa Sehari!

gempak
11/05/2020
13:10 MYT
Unitar