,
Laman Utama

Nama ‘Insomniacks’ Wujud Kerana Masalah Sukar Tidur! – “Masa Tu Cari Nama Untuk Gig, Terus Petik Je…”

Fiza Kamarudin
04/03/2022
11:15 MYT
Kumpulan Insomniacks mengakui nama kumpulan mereka dipilih ketika mahu menyertai pertandingan gig beberapa tahun lalu.
Mengimbas kembali detik tersebut, Iskandar punca nama kumpulan mereka adalah daripada vokalis, Iqie yang mempunyai masalah sukar tidur atau insomnia.
“Iqie yang ada masalah susah nak tidur ni. Kebetulan kami pun selalu lepak bersama, lama kelamaan kami pun mengalami masalah sama.
“Entah macam mana, satu hari tu kami masuk pertandingan gig dan penganjur mahu nama kumpulan, kami terus petik ‘Insomniacks’.
“Lagipun bunyinya agak ‘catchy’ juga…Dan sehingga sekarang ia kekal sebagai ‘Insomniacks’,” kata Iskandar.
Mengulas mengenai single terbaru mereka berjudul ‘Sempurna’ yang dilancarkan selepas ‘Pulang’ pada empat tahun lalu, Insomniacks berharap ia diterima dan disukai pendengar.
“Bercakap tentang kejayaan ‘Pulang’ kami tidaklah meletakkan harapan yang tinggi untuk ‘Sempurna’ namun, jika ia berjaya melekat di hati peminat itu adalah bonus.
“Kami berani katakan yang ‘Sempurna’ ini sangat istimewa bermula daripada ia dicipta, sehinggalah hari pelancarannya.
“Dari detik susunan kord hingga proses memasukkan lirik, kami tahu kami telah menghasilkan sesuatu yang hebat,” kata Insomniacks.
Dalam pada itu seorang lagi anggota Insomniacks, Gavin, berkata mereka bersyukur kerana lagu itu mula mendapat perhatian peminat.
"Memang ada berbeza sikit dengan lagu Pulang. Lagipun, lagu Sempurna juga banyak diolah kerana kita mahu menampilkan sedikit perbezaan.
"Tetapi kita juga bercadang untuk lari daripada genre balada untuk lagu-lagu yang akan datang," katanya.
Sempurna turut hadir dengan sebuah video muzik luar biasa terbitan pihak Atypical Visual.
Malah sedutan lagu ini di platform Instagram Reels sudahpun mencecah 50 ribu tontonan dan dijangka akan terus meningkat.
Lagu ini juga menduduki tangga pertama carta RIM Malaysia selepas dua minggu dilancarkan.
“Kami sangat berpuas hati dengan hasil kerja kami kali ini dan harap para peminat juga akan menyukai apa yang telah kami usahakan,” kata Insomniacks.
Sempurna boleh distrimdi semua platform digital dengan sebuah lirik video di saluran YouTube Insomniacks.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Saya Tidaklah Sempurna, Kadang-Kadang Kekurangan Kita Allah Simpan” - Alif Satar

gempak
30/08/2024
07:55 MYT
Seringkali diberi jolokan sebagai selebriti serba sempurna oleh netizen, pelakon dan penyanyi Alif Satar meluahkan rasa syukur dengan pujian yang diterima.
Hiburan

Tak Pernah ‘Hadap’ Pengiktirafan & Anugerah, Insomniacks Hanya Mahu Hiburkan Peminat - “Apa Yang Penting, Kami berasa Puas Bila…”

gempak
16/08/2024
11:55 MYT
Band Insomniacks mengakui mereka tidak pernah dahagakan sebarang pengiktirafan mahupun anugerah sejak kemunculan dalam industri muzik tujuh tahun lalu.
Hiburan

Iqbal Zulkefli Takkan Pulangkan Anak Angkat Kepada Keluarga Kandung - "Tapi Saya Takkan Pisahkan..."

gempak
10/05/2024
08:30 MYT
Usahawan dan pempengaruh media sosial, Iqbal Zulkefli bertegas untuk tidak akan memulangkan anak angkat yang dijaganya, Ahmad Ziyad kepada keluarga kandungnya.
Hiburan

Banyak Bagus Festival 2024 Gabung Artis Popular 4 Negara!

gempak
04/05/2024
09:23 MYT
Banyak Bagus Festival (BBF) 2024 melakar sejarah tersendiri apabila menggabungkan artis popular dari empat negara Asia iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.
Hiburan

Gerenti ‘Kacau Bilau’, Showcase Jiwa Kacau 2024 Bariskan Enam Pemuzik Terkenal

gempak
05/03/2024
11:55 MYT
Fuh lineup gempak!