,
Hiburan

Nama Dipetik Pergi Pusat Hiburan, Izara Aisyah Tampil Bersuara

Gempak
24/03/2024
00:00 MYT
Pelakon Izara Aisyah tampil bersuara setelah difitnah oleh seorang individu dengan dakwaan pernah mengunjungi kelab hiburan pada tahun lepas.
Menerusi beberapa keping gambar tangkap layar yang dimuat naik di platform X, dipaparkan tindakan individu tersebut yang bertindak mengulang ciapan (repost quote) sebuah hantaran pengguna lain yang sedang memuji keperibadian Izara.

Individu berani fitnah Izara pergi pusat hiburan

Menurut individu tersebut, dia seperti menidakkan pujian yang telah diberikan dengan mengatakan Izara pernah pergi ke kelab hiburan.
"Tapi, Izara.. Kyo," tulis individu tersebut.
Dalam pada itu, selepas disoal oleh seorang netizen di ruangan komen individu tersebut turut mendakwa pelakon tersebut telah pergi ke kelab hiburan pada tahun lepas.
"Pergi Kyo tu zaman dia dah berhijrah ke?," soal seorang netizen.
"Cerita tahun lepas lah tapi," jawab individu tersebut.

Izara perjelas foto menimbulkan fitnah

Susulan itu, Izara telah tampil menjawab dakwaan yang telah dilemparkan individu tersebut.
Menurut Izara, 29, fitnah yang telah diberikan perlu diperjelaskan supaya dapat menjaga nama baiknya dalam industri. "Saya perlu menjelaskan perkara ini kerana fitnah ini boleh mencemarkan reputasi nama baik saya," tulisnya.
Meskipun, hantaran individu tersebut telah dipadam, Izara bagaimanapun sempat membuat tangkap layar dakwaan fitnah tersebut dan telah tampil menjelaskan mengenai foto yang menyebabkan individu tersebut membuat fitnah.
Jelas Izara, foto tersebut adalah ketika dia sedang hamil lapan bulan dan menghadiri pelancaran sebuah restoran Jepun iaitu Kikyo.
"Gambar ini adalah pada tahun lepas ketika pelancaran restoran Kikyo, saya sedang hamil lapan bulan.
"Dakwaan ini adalah fitnah dan saya sudah screenshot, tak perlu padam,” ujarnya.

Pemfitnah mohon maaf secara terbuka

Individu tersebut telah tampil membuat permohonan atas keterlanjuran kata-kata terhadap Izara secara terbuka pada ruangan komen hantaran itu.
"Hi Izara, saya ingin memohon maaf secara terbuka mengenai tweet sebelum ini yang dibuat pada 19 Mac 2024.
"Saya tidak pernah berniat untuk memfitnah atau merosakkan reputasi anda dalam apa cara sekali pun.
"Kenyataan itu dibuat tanpa saya sedar sepenuhnya tentang majlis pelancaran tersebut. Saya dengan rendah hati memohon maaf," katanya.
Bagaimanapun, setakat ini tiada respons yang diberikan oleh aktres tersebut mengenai permohonan maaf terbuka yang telah dibuat oleh individu itu.

Berita Trending:Netizen Tegur Leher Yazmin Aziz Nampak Macam ‘Love Bite’, Ini…

Berita Trending: Isu Stoking Kalimah Allah, Juruteknik Dijel 6 Bulan & Denda RM12,000
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Marissa Minta Netizen Jaga Hal Sendiri - "Bersyukurlah Aib Kita Allah Masih Jaga"

gempak
29/08/2024
23:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Marissa Dania meminta netizen untuk berhenti membuat sebarang spekulasi mengenainya sehingga boleh mengundang fitnah.
Hiburan

Lagi Sekali Difitnah, Ibu Aliff Aziz Mahu Utamakan Kehidupan Tanpa Fikir Orang Lain - “Saya Sangat Terhibur Dengan…”

gempak
19/08/2024
01:55 MYT
Lagi sekali ibu kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza berkongsi paparan skrin sebuah artikel yang menuduhnya menghina bekas menantu, penyanyi Bella Astillah.
Hiburan

Mahu Perjuangkan Hak, Puteri Sarah Liyana Teruskan Saman Fitnah & Pecah Amanah Terhadap Bekas Pekerja - “Sebab Saya Di Pihak Yang Benar, Nak Dapatkan…”

gempak
01/08/2024
07:05 MYT
Pelakon Puteri Sarah Liyana memberitahu dia tetap berkeras mahu meneruskan tindakan  undang-undang terhadap seorang wanita bernama Nazatul Nazira.
Viral

Pasca Kemelut Dengan Adidas Originals, Bella Hadid Akhirnya Bersuara

gempak
30/07/2024
06:25 MYT
Supermodel Bella Hadid akhirnya bersuara mengenai polemik kempen iklan bersama jenama sukan popular Adidas.
Hiburan

Selepas Isu Curang, Individu Dakwa Saixse Kerap Buat Show Di Kelab Malam

gempak
29/07/2024
03:20 MYT
Kecoh di media sosial baru-baru ini apabila bekas kekasih penyanyi, Saixse tampil membongkarkan kisah kecurangan penyanyi tersebut.