,
Hiburan

Nama Dipetik Isu Aliff Aziz, Isteri Caprice Tampil Pertahankan Diri - “Siapa Yang Terlibat Dalam Cerita Ini, Semua Bod*h!”

Asyikin Mayudin
24/04/2024
23:55 MYT
Selepas nama Caprice dipetik dalam isu melibatkan Aliff Aziz, Ruhainies, Bella Astillah dan Sarah Yasmine, isteri kepada penyanyi rap itu iaitu Farra Inalis tampil bersuara.

Pertahankan Diri Selepas Diserang Netizen

Farra yang sedang menjalani proses berpantang tampil mempertahankan dirinya selepas netizen mula menyerangnya gara-gara Caprice terbabit dalam kontroversi itu.
“Aku ini kan… masih dalam pantang tau. Kalau boleh, sehabis daya aku nak jaga mood aku, nak fokus permulihan dan baby saja.
“Aku duduk satu rumah dengan laki aku, satu soalan pun aku tak tanya cerita Aliff, Bella, Ruhainies & si kening itu. Dan aku tak teringin pun nak tahu cerita toksik diorang,” katanya.

Mohon Pihak Lain Tidak Libatkan Dirinya

Enggan memikirkan perkara yang negatif, Farra juga memohon agar mana-mana pihak tidak melibatkan dirinya dalam isu tersebut.
“Sumpah tak ada ruang dalam otak aku nak masuk negativiti. Jadi jangan libatkan aku. Okay? Jangan sampai aku keluarkan kenyataan yang boleh buat lagi kecoh.
“Kesimpulan cerita dekat sini, siapa yang terlibat dalam cerita ini, semua bodoh!” ujarnya lagi.
Terdahulu, wanita yang mendakwa dirinya kekasih kepada penyanyi, Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine membuat satu lagi pendedahan berkenaan seorang individu lelaki dipercayai penyanyi rap, Caprice.
Sarah menerusi hantaran di IG Story miliknya mendedahkan bahawa individu berkenaan telah mengetahui terlebih dahulu mengenai hubungan cinta Aliff dan Ruhainies.
Tidak cukup dengan itu, Sarah juga turut memberikan gambaran seolah-olah perjuangan individu tersebut terhadap Palestine hanya demi konten semata-mata.
Sarah terlebih dahulu telah membuat pendedahan dengan berkongsi beberapa paparan skrin perbualan antara ‘NRF’ dipercayai aktres Ruhainies dan penyanyi Aliff Aziz.
Menerusi perbualan NRF itu juga, nama ‘Emma’ dan ‘Chacha’ juga dipetik mengutuk Bella dengan mengatakan hanya orang tidak bijak saja mempercayai kisah penyanyi dah pelakon itu.
Emma bagaimanapun menerusi video yang dikongsikan di Instagram mengakui kesilapannya bertanyakan kepada Ruhainies mengenai khabar angin melibatkan isteri kepada Aliff iaitu Bella Astillah.

BERITA TRENDING: Tiada Niat Kutuk Bella Astillah, Emma Maembong Akui Silap Tanya Ruhainies - “Saya Minta Maaf Sebab Jadi Kepochi”

BERITA TRENDING: Sarah Yasmine Spill The Tea Lagi, Kongsi Mesej Romantis, Komplot Aliff Aziz & Ruhainies Nak Jatuhkan Bella Astillah?

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Giliran Aliff Aziz Pula Ajak ‘Followers’ Selawat 1,000 Kali Sehari - “Jangan Rasa Perlu Tunggu Jadi Orang Baik Untuk…”

gempak
23/11/2024
00:55 MYT
Selepas pelakon Ruhainies, kali ini giliran penyanyi Aliff Aziz pula mengajak pengikutnya di laman sosial untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Hiburan

Stacy Tak Akan Bermasam Muka Dengan Bella Astillah - “Kami Sama-Sama Orang Kampung, Tak Berbaloi Bergaduh”

gempak
17/11/2024
02:55 MYT
Penyanyi Stacy memaklumkan dia tidak akan bermasam muka dengan Bella Astillah biarpun berdepan kontroversi konsert A Night With A Sumandak Stars.
Hiburan

Demam On-Off Selama 4 Hari, Ruhainies Dipaksa Jumpa Doktor - “Ingatkan Tak Kena Jarum, Tapi…”

gempak
15/11/2024
00:55 MYT
Selepas kecoh kontroversi bersama aktor sensasi Aliff Aziz, setiap hantaran yang dibuat aktres Ruhainies pasti meraih perhatian wargamaya.
Hiburan

Cantik! Penampilan Dynas Mokhtar Buat Peminat 10 Kali Ulang Tengok Video - “Makin Lawa…”

gempak
14/11/2024
01:55 MYT
Perkongsian sebuah video yang dibuat pelakon Dynaz Mokhtar baru-baru ini berjaya mencuri perhatian netizen.
Hiburan

Selepas Zul Ariffin, Ruhainies Dikaitkan Dengan Azrel Ismail Pula...Ini Respons Tuan Badan

gempak
12/11/2024
07:55 MYT
Selepas Zul Ariffin, nama aktres sensasi Ruhainies dikaitkan pula dengan pelakon Azrel Ismail.
Unitar