,
Laman Utama

"Nama Beliau Mengalahkan Pele & Messi!" - Tiara Jacquelina Bangga Mokhtar Dahari Diberi Pengiktirafan Oleh FIFA

Asraf Aided
30/06/2021
04:50 MYT
Penerbit berprofil tinggi, Puan Sri Tiara Jacquelina berkongsi rasa bangga apabila lagenda bola sepak negara, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari mendapat pengiktirafan dalam senarai individu dengan jumlah jaringan gol terbanyak oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Dalam senarai yang dikongsi menerusi Twitter itu, nama Ali Daei dari Iran dan Cristiano Ronaldo dari Portugal masing-masing mendahului dengan 109 jaringan, diikuti Mokhtar dengan 89 jaringan.
? The joint-9th top men's scorer! pic.twitter.com/i6pwe8DBmH— FIFA.com (@FIFAcom) June 29, 2021 "Sangat bangga melihat lagenda bola sepak #SuperMokh diberi pengiktirafan oleh FIFA sebagai penjaring gol terbanyak di dunia, nama beliau mengalahkan Pele dan Messi," tulis Tiara di Instagram.
Dalam pada itu, Tiara yang sangat popular menerusi filem Puteri Gunung Ledang itu juga merasakan kehebatan Mokhtar sebagai pemain bola di Malaysia tiada tolok bandingnya.
"Memang Allahyarham tiada bandingannya, kalau dia dah dapat bola, dia tak akan berhenti, itulah kegemilangan bola sepak negara.
"Anda semua rasa bagaimana, akan adakah pemain bola sepak yang hebat seperti beliau?" tulisnya lagi.
Perkongsian Tiara itu mendapat perhatian daripada para pengikutnya yang turut mengagumi pemain lagenda Selangor itu.
Untuk info, jaringan 89 gol oleh Allahyarham adalah menerusi 142 perlawanan antarabangsa sekaligus menyumbang kepada peningkatan kedudukan pasukan negara ke kedudukan 61 dunia.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada Julai 1991 akibat penyakit Neuron Motor (MND).
Al-Fatihah
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Pestabola Merdeka: Malaysia Juara, Akhiri Badi 14 Tahun

gempak
08/09/2024
15:59 MYT
MALAYSIA muncul juara Pestabola Merdeka 2024 setelah mengejutkan pasukan di ranking ke-116 dunia, Lubnan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.
Hiburan

Noraniza Idris Tak Fikir Soal Gelaran Datuk, Anggap Ia Rezeki Jika Dapat – “Ada Orang Murah Rezeki Dia”

gempak
03/09/2024
21:55 MYT
Penyanyi Noraniza Idris menyifatkan penganugerahan gelaran Datuk kepada selebriti adalah rezeki yang ditentukan Allah.
Hiburan

“Mati Nanti Pun Berbintikan Nama Mak, Ini Fakta!” - Rita Rudaini

gempak
03/09/2024
06:55 MYT
Pelakon Rita Rudaini tetap memberi sokongan kepada anak-anak dalam apa jua keadaan.
Sukan

Skuad Bola Sepak Palestin Training Di Kuala Lumpur - "Malaysia Ibarat Rumah Pertama Kami"

gempak
28/08/2024
09:25 MYT
Skuad bola sepak Palestin mengakui gembira dapat menjalani latihan serta mengharungi perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia menentang Jordan di Malaysia.
Viral

Arif Aiman Ziarah Faisal Halim, Peminat Respek  - “Diluar Padang Mestilah Bersahabat”

gempak
28/08/2024
00:28 MYT
Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi meluangkan masa menziarahi tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim, baru-baru ini.