,
Laman Utama

"Naluri Seorang Isteri Kuat…”- Baru Cerai 3 Minggu, Ellie Suriaty Tak Terkejut Azri Dah Nak Kahwin Lagi!

Syafiqah Jalal
09/06/2022
03:56 MYT
Pengarah, pelakon dan jurulatih lakon, Ellie Suriaty tidak terkejut apabila bekas suaminya, Azri Iskandar umum bakal berkahwin dengan seorang wanita bernama Azra Diera Abdul Hamid sedangkan tempoh proses edah mereka masih belum habis.
Ellie berkata dia sudah menyedari perubahan itu dihujung perkahwinan mereka selepas masing-masing bersetuju untuk bercerai dan membawa haluan masing-masing pada 17 Mei lalu.
“Saya tidak terkejut dan sudah boleh agak akan hal ini. Sebab itulah hati saya benar-benar bulat dan tekad untuk menarik diri daripada perkahwinan ini. Sebab saya dah rasa dia ada hubungan dengan wanita lain.
“Dan, waktu saya failkan cerai, saya tak perlu tanya lagi untuk dapatkan apa-apa kepastian atau kesahihan. Sebab saya kenal dia sangat sebagai suami selama 19 tahun.
“Selama tempoh itu, kita telah melalui segala susah senang bersama. Bila ada perubahan dalam rumahtangga, saya tahu hati dia ada pada orang lain dan bukannya dengan saya lagi,” katanya kepada Getaran.
Menurut Ellie lain, dia tidak mahu ambil kisah tentang siapa pun yang bakal dikahwininya.
“Lebih baik saya teruskan kehidupan ini demi anak-anak dan tumpukan perhatian kepada kerjaya seni saya. Sebab hidup ini terlalu bermakna untuk kita serabutkan otak dengan hal-hal sebegini.
“Sebelum bercerai, saya telah ambil keputusan yang cukup lama untuk memikirkan baik dan buruknya.
“Bahkan saya sudah memohon petunjuk daripada Allah SWT. Azri tidak tahu yang saya tahu apa dia lakukan di belakang saya.
“Tapi, naluri seorang isteri itu sangat kuat. Kita sendiri dapat rasakan banyak perubahan yang sangat ketara. Lagipun kita bukan baru kahwin setahun dua.
“Saya tak nafikan anda ramai perempuan di luar sana yang jauh lebih baik daripada saya. Tapi mereka bukan Ellie Suriaty yang sangat faham siapa Azri Iskandar,” katanya lagi.
Ellie Suriaty telah memfailkan permohonan cerai ke atas Azri Iskandar dan melalui prosiding mahkamah, mereka telah disahkan bercerai pada 17 Mei lalu. Masing-masing juga sedang melalui proses edah selama tiga bulan yang akan berakhir pada 28 Ogos ini.
Sepanjang perkahwinan mereka, Ellie dan Azri dikurniakan dua cahaya mata, Azrell Omar Azri Iskandar, 18 dan Nur Azreen, 13.
Sumber: Getaran
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

#FromKawanToKahwin Nina Ismail Sabri Sah Jadi Isteri Hafiz Osman

gempak
24/11/2024
13:02 MYT
Kakak kepada penyanyi, Dafi iaitu Nina Ismail Sabri Che Puan selamat bernikah dengan pilihan hatianya yang dikenali sebagai  Hafiz Osman dengan sekali lafaz hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Hiburan

A.R. Rahman, Isteri Bercerai Selepas 29 Tahun Berkahwin

gempak
20/11/2024
10:30 MYT
Komposer dan penyanyi playbank tersohor India, A.R. Rahman mengumumkan telah bercerai dengan isterinya, Saira Banu selepas 29 tahun berkahwin.
Hiburan

“Kami Cuba Perbaiki Tapi…”- Emma Maembong Nafi Cerai Disebabkan Orang Ketiga

gempak
20/11/2024
08:30 MYT
Pelakon Emma Maembong menjelaskan punca keretakan rumah tangganya bukanlah disebabkan kehadiran orang ketiga tetapi ia adalah atas persetujuan bersama semua pihak.
Unitar