gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Saya Tak Kutuk Pun, Cuma Nasihat…” – Isu Tiada ‘Killer Song’, Man Bai Dah Jumpa Aina Abdul, Hubungan Kekal Baik
HIBURAN
Serik Tengok Pergaduhan Pengguna Jalan Raya, Ryzal Ibrahim Tak Jadi Nak Aktif Kembali Berbasikal - “Saya Pulangkan Balik…”
HIBURAN
Ridzokumura Simpan Dalam Pasport, Bawa Nota Terakhir Arwah Isteri Kemana Sahaja - “Masih Tak Kuat, Menggigil Saya Tengok…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Sebar Video Seks: Lima Termasuk Kesemua Empat Isteri Penceramah Bebas Direkod Keterangan

Gempak
Gempak
08/07/2025
03:25 MYT
Sponsor Banner
Sebar Video Seks: Lima Termasuk Kesemua Empat Isteri Penceramah Bebas Direkod Keterangan

Polis sudah merekodkan keterangan lima saksi termasuk kesemua empat isteri seorang penceramah bebas yang dikaitkan dengan penyebaran video seks memaparkan dirinya bersama wanita-wanita berkenaan serta gambar aib individu lain.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan masih dijalankan dan kes itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya sebaik sahaja siasatan lengkap.

"Keterangan keempat-empat wanita terbabit diambil pada minggu lalu," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Suspek berusia 39 tahun itu ditahan pada 1 Julai lalu dan direman selama empat hari sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada Sabtu lalu sementara menunggu siasatan selesai.
Penahanan itu dibuat selepas isteri kedua kepada penceramah bebas terbabit membuat laporan polis pada 16 Jun selepas mendakwa video seksnya, madunya serta wanita lain disebarkan suspek.

Ketika tangkapan dibuat, polis turut merampas dua telefon pintar dan sebuah komputer riba milik suspek.

Hasil pemeriksaan terhadap telefon bimbit suspek, polis menemui beberapa video seks membabitkan suspek bersama isteri-isterinya serta gambar-gambar mengaibkan wanita lain.

Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar sebelum ini dilaporkan berkata tauliah penceramah bebas terbabit sudah ditarik.

Sumber: Astro AWANI

Topic Berkaitan
#Ditahan
#Video Seks
#Penceramah
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement