,
Laman Utama

#NakCakapSikit: Salute! Ramadan Satukan Semua, Tak Kira Agama, Bangsa…Terima Kasih YB!

Fiza Kamarudin
14/04/2021
14:20 MYT
Semalam tular mengenai Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Yang Berhormat Steven Sim Chee Keong yang telah menghadiahkan motor kepada seorang penghantar makanan (rider Food Panda).
Menurut Sim pertemuan beliau dengan penghantar makanan tersebut mengajar nilai kehidupan dan cukup-cukup menginsafkan.
#NakCakapSikit sendiri terharu melihat kesanggupan YB Steven membelikan motor baharu kepada penghantar makanan dikenali sebagai ‘adik Mohamad’ itu.
YB Sim menggunakan duit gajinya sendiri untuk membayar harga motorsikal yang bakal memudahkan ‘adik Mohamad’. Dan yang paling best, RM4,500 termasuk road tax, insurans, settle penuh, minyak isi full tank, 'adik Mohamad' boleh terus bawa motor ini tak payah bimbang.
Kisah ‘adik Mohamad’ ini pula cukup menyentuh hati. Menurut YB Steven, pemuda berkelulusan diploma ini seorang yang rajin mencari rezeki untuk membantu keluarga walaupun terpaksa menaiki basikal untuk menghantar makanan kepada para pelanggan!
Allahu…Berpenat lelah mengayuh basikal ‘adik Mohamad’ akan dapat sekitar RM20 sehingga RM30 sehari. Itu pun beliau tetap bersyukur kerana pendapatan tersebut cukup untuk dibuat makan.
#NakCakapSikit salute YB Steven kerana prihatin dan dalam masa mencari keberkatan Ramadan. Apa pun #NakCakapSikit kurang berkenan bila ada segelintir yang mempolitikkan perkongsian YB Steven.
Come-onlah…Bulan Ramadan ni cubalah husnudzon sikit. Janganlah asyik menuding jari. Itu tak betul, ini tak betul! Semua benda kau nak politikkan..Muaklah!
Agak-agak diri sendiri betul tak? Lebih baik tidak berkata-kata kalau apa yang hendak dikatakan itu tidak memberi manfaat…
Di bulan Ramadan inilah kita sebagai umat Islam dapat melipatgandakan amalan selain mengharap rahmat dan keampunan-Nya.
Oleh itu sambutlah Ramadan dengan penuh kegembiraan kerana pintu kebaikan dibuka seluas-luasnya dengan gandaan pahala yang ditawarkan kepada mereka yang melakukan kebaikan dalam bulan Ramadan.
Selamat berpuasa semua dan marilah kita sama-sama menggandakan pahala dengan berbuat perkara kebaikan.
Oh ya, kepada yang terlepas kisah YB Steven dan ‘adik Mohamad’ #NakCakapSikit kongsikan untuk renungan dan pengajaran buat kita bersama:
Hari ini Ramadan pertama. Saya ditemukan dengan seorang rider food panda yang menginsafkan saya tentang nilai sebuah...Posted by Steven Sim Chee Keong 沈志强 on Tuesday, 13 April 2021
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar