,
Laman Utama

#NakCakapSikit: Mana Hilangnya Telur Ayam? Semua Dah Tak Bertelur Ke?

Fiza Kamarudin
09/02/2022
12:40 MYT
Sejak pertengahan Januari lalu, ramai mengeluh mengenai ‘kehilangan’ telur ayam di pasaran.
Malah, krisis bekalan telur ayam di seluruh negara ini juga memberi tekanan kepada peniaga makanan kecil-kecilan sehingga terpaksa mencatu jualan mereka.
Bayangkanlah kalau yang berniaga nasi lemak dan char kuetiau, sudah tentu telur ayam menjadi bahan utama dalam masakan mereka.
#NakCakapSikit ada terfikir juga ke mana hilangnya telur-telur ayam ni semua? Ayam dah tak bertelur ke?
Sebab, bukan satu dua tempat yang mengalami masalah bekalan telur ayam ni, tapi di seluruh negara.
Baru-baru ini ibu saudara #NakCakapSikit di Langkawi mengadu yang bekalan bahan mentah tersebut langsung tidak ada di sana. Mana pi habih?
Sementara yang tinggal di Kelantan pula bagitahu, ada peniaga yang menawarkan telur ayam dengan pembelian pakej!
Kalau nak beli telur ayam, kena beli minyak masak dahulu. Allahu…sampai macam tu sekali. Tapi rasanya ramai yang tidak perasan sebab mereka ni tak heboh!
Tapi yang sebenarnya, jika nak mengekang masalah ini tak perlu tunggu heboh atau kecoh pun kan. #NakCakapSikit rasa pihak berkaitan pasti sudah ada penyelesaian mengenai perkara ini.
Selain masalah tak ada stok, kalau kita semua ke pasar raya harga sepapan telur ayam gred A dan B dah sama dengan harga seekor ayam.
Memang drastik dan dramatik sungguh kenaikan harga telur ni tau. Yang gred C dan D pun dijual di antara RM12-RM14 sepapan. Ramai yang mengeluh!
#NakCakapSikit harap krisis telur ayam ini dapatlah diselesaikan dengan kadar segera dan harganya dapat dipertimbangkan semula dan kalau boleh harga tu biarlah logik, sebab telur ayam ini makanan rakyat (yang faham je faham)!
Ni #NakCakapSikit…Lepas ni boleh lah produce filem ‘Misteri Kehilangan Telur’…
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

#NakCakapSikit: Jadikan Tragedi Pemandu Treler Sebagai Iktibar, Jangan Sibuk Nak Viral Je…

gempak
05/01/2022
13:15 MYT
Sibuk nak viral, sampai tak tengok keadaan orang lain...
Laman Utama

#NakCakapSikit: Tak Bagi Keluarkan KWSP Tapi Galakkan Buat Pinjaman TEKUN?

gempak
29/12/2021
14:17 MYT
Lebih Rela Rakyat BERHUTANG Daripada Keluarkan Duit Sendiri?
Laman Utama

#NakCakapSikit: Ambil Iktibar Dengan Bencana Yang Berlaku, Sudah-Sudahlah Menuding Jari!

gempak
22/12/2021
12:40 MYT
Bukan masa untuk 'aku salahkan kau, kau salahkan aku'!
Laman Utama

#NakCakapSikit: Allahu…MamaSab Samakan Tuhan Dengan ‘Makhluk Halus’…?

gempak
16/12/2021
01:04 MYT
Terlajak perahu boleh undur gais...Terlajak kata...?
Laman Utama

#NakCakapSikit: Iqbal, Fokus Saja Dengan Bisnes…Tak Payahlah Guna Marketing Merepek Nak Tarik Clout!

gempak
08/12/2021
13:04 MYT
Cari marketing yang nampak lagi class la Iqbal...