gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Putus Cinta Bukan Pengakhiran, 4 Selebriti Ini Buktikan ‘Break-Up’ Boleh Jadi Titik Kebangkitan
HIBURAN
“Dia Ingat Seronok Sangat Ke Jadi Pelakon?” - Faezah Elai Persoal Tujuan Asal Pendatang Baharu Dalam Industri Seni
HIBURAN
Terima Sambutan Luar Biasa, Alpha Janji Lebih Banyak Lagu Akan Menyusul - “Takkan Kita Diam Dek…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Nak Pakai Duit Segera, Amir Raja Lawak Tuntut Bayaran Tertunggak RM18,000 - “Saya Bukanlah Seorang Yang Suka…”

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
10/07/2025
05:55 MYT
Sponsor Banner
Nak Pakai Duit Segera, Amir Raja Lawak Tuntut Bayaran Tertunggak RM18,000 - “Saya Bukanlah Seorang Yang Suka…”
Tak dapat nak berdiam diri lagi, pelawak Amir Raja Lawak menuntut bayaran tertunggak sebanyak RM18,000 daripada stesen TV.

Tiga tahun tertunggak

Menerusi perkongsian di IG, Amir memberitahu jumlah sebenar yang perlu dibayar adalah RM23,000 namun dia hanya menerima RM5,000 sahaja pada awal tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Apapun Dia Buat, Dia Tetap …” - Amir RL Kagumi Shuk Sahar, Simpan Hasrat Lebarkan Bisnes Air Ke Level Antarabangsa

“Stesen TV terkenal yang tak perlu saya sebut nama (kerana korang boleh agak) masih sangkut lagi bayaran saya sebanyak RM18,000 dah nak masuk tahun ke 3 tak silap ni masih belum clear lagi bayaran saya.

“Total RM23,000, Alhamdulillah memang diorang pernah bayar RM5,000 awal tahun lepas, jadi sekarang masih berbaki RM18,000.

“Saya kalau saya tak perlukan duit tu untuk beli apa-apa, tak ada la saya minta pun sebenarnya, saya bagi saja diorang masa sebagaimana beberapa tahun dah selesai kerja tapi payment belum clear semua lagi,” kongsinya.

Memerlukan wang

Pada perkongsian yang sama, Amir berkata dia terpaksa bersuara mengenai isu bayaran ini kerana sangat memerlukan wang dalam kadar segera.
“Untuk kali ini memang saya nak pakai duit tu, diorang pun tahu alasan dan sebab yang sangat penting yang saya sudah bagitau diorang siap bukti bergambar saya bagi untuk menyakinkan diorang bahawasanya saya tak menipu.

“Apa alasan dan sebab yang saya tunjukkan pada diorang? Yang ni biar Allah, dan kami sahaja yang tahu. Lagipun saya memang tak suka kongsi benda-benda macam itu.

“Biarlah orang sekeliling dan awak semua tengok saya seperti tidak ada apa-apa tengah hadap. Masa ke KL bulan lepas, saya ada jumpa wakil diorang untuk perbincangan fasal ni, dalam perbincangan itu memang saya bersetuju untuk terima bayaran tu sedikit-sedikit,” ujarnya.

Bukan nak timbulkan masalah

Dalam pada itu, Amir memberitahu dia bukanlah seorang yang gemar menimbulkan masalah dan pergaduhan dengan mana-mana pihak.

“Saya bukanlah seorang yang suka menimbulkan masalah, ketegangan, mahupun pertelingkahan dengan sesiapapun, sepertimana yang korang tahu saya tidak pernah ada isu ataupun gosip yang bukan-bukan.

“Saya bukan nak pinjam duit pun, saya memang tidak ajar diri saya berhutang dan juga bagi hutang. Apapun sekarang saya cuma nak duit saya sahaja,” katanya yang berharap dapat bayaran tersebut.
View this post on Instagram
A post shared by Fb/Ig : Air Jagung Amirreka Hq (@amirrajalawak)
Topic Berkaitan
#Amir Raja Lawak
#Bayaran
#Stesen TV
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement