,
Hiburan

“Nak Kutuk Ke, Cakap Saya Terpaling Tahu Ke, Silakan” - Teruk Dikecam Bersuara Isu Abang Bas, Uyaina Arshad Tetap Mahu Sebar Kesedaran Tentang Pedofilia

Mya Amri
12/09/2024
03:55 MYT
Pelakon, Uyaina Arshad mengakui dirinya teruk dikecam netizen hanya kerana kelantangannya menyuarakan pendapat tentang isu Abang Bas.

Bukan bash tapi mahu beri kesedaran

Uyaina berkongsi perkara itu menerusi video terbaharu yang dimuat naik di hantaran akaun Instagram miliknya.
Kata Uyaina, dia bukan mahu ‘menyerang’ atau menyuarakan isu itu secara membuta tuli sebaliknya perkara yang dilakukan oleh lelaki itu tidak masuk akal.
“Baru-baru ini saya kena kecam teruk pasal kes Abang Bas dan korang boleh tengok sendiri kecaman-kecaman yang saya terima dan sekarang ini Abang Bas sudah pun didakwa di mahkamah.

“Tapi saya bukannya nak bash Abang Bas, tapi boleh tak kalau kita tengok sama-sama kesalahan apa yang dia buat sampai membuatkan dia boleh didakwa di mahkamah sebagai pengajaran dan juga teladan untuk kita semua,” jelasnya.

Salah tetap salah

Dalam pada itu, Uyaina juga menjelaskan kelantangannya bersuara mengenai isu tersebut adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pedofilia.
“Dalam video hari tu saya dah jelaskan dah yang Abang Bas ini sebenarnya didakwa atas kesalahan apa.
“Korang janganlah cakap saya cemburu ke, busuk hati ke, fitnah ke Abang Bas tu okay. Sebelum ini saya tak pernah tahu pun kewujudan dia.
“Konten-konten dia tak pernah keluar pun dekat fyp saya. Kalau saya tahu, dah lama dah saya akan bersuara juga pasal benda ni.

“Boleh tak kita fokus kepada tindakan yang dilakukan oleh Abang Bas itu yang sebenarnya adalah kesalahan dan bukannya kesalahan biasa sebaliknya jenayah yang melanggar undang-undang.

“Ada yang cakap dekat saya kenapa baru sekarang nak bersuara, saya bersuara sebab nak create awareness pasal benda ini. Kita kena jadi masyarakat yang cakna tentang undang-undang yang berlaku.

“Ada juga yang cakap mungkin Abang Bas tak tahu apa yang dilakukan itu salah sebelum ini, tak boleh ke bagi nasihat je dulu.
“Korang, ignorance of the law is no excuse, tak bermaksud kalau anda tak tahu tentang kewujudan satu satu undang undang tu, tak bermaksud anda terkecuali daripada implikasi undang-undang tu.
“Jadi sekarang Abang Bas dah didakwa, walaupun belum lagi disabitkan kesalahan tetapi itu bukan poinnya. The main point here adalah kesedaran,” tegasnya.

Jangan terlalu asyik kejar view

Menerusi video yang sama juga, Uyaina menasihatkan masyarakat supaya jangan terlalu asyik mengejar view sehingga konten yang dihasilkan menyalahi undang-undang.

“Tolonglah janganlah asyik ligat nak buat konten sampai bila kita dah dapat banyak views, likes, perhatian, pengikut, yang save video video tu kita rasa syok sampai main langgar je, buat je apa-apa konten walaupun melanggar undang-undang.

“Paling penting, kalau orang dah tegur benda tu salah terutamanya dari segi undang-undang, kepada orang-orang lain ni janganlah jadi enablers.

“Janganlah enable benda tu, enable perkara yang tak baik tu untuk terus berlaku,” ujarnya.

Tak terkesan dengan kecaman

Mengulas mengenai kecaman yang diterima, Uyaina berkata dia tidak terkesan dengan perkara dan akan terus menyebarkan kesedaran mengenai isu berkenaan.

“Korang nak kutuk saya ke, nak cakap macam-macam pasal saya ke, saya terpaling tahu lah, saya terpaling nak ride on this kes untuk populariti, go ahead.

“Secara jujurnya saya tidak terkesan dengannya, niat saya adalah untuk bagi kesedaran dan kongsi ilmu tentang perkara ini.

“Tolonglah, jomlah kita sama-sama jadi masyarakat yang lebih cakna tentang apa konten yang boleh buat, yang tak boleh.
“Diharapkan konten-konten yang kita buat tu dapat memberi manfaat kepada orang lain,” jelasnya.
Berikut merupakan video penuh Uyaina:

ARTIKEL BERKAITAN:Beri Pandangan Tentang Isu Abang Bas, Uyaina Arshad Dilabel Penunggang Oleh Netizen

ARTIKEL BERKAITAN:Isu ‘Abang Bas’, Uyaina Arsyad Anggap Konten Kanak-Kanak Boleh Undang Kesalahan Jenayah - “Mungkin Dia Itu Orangnya Memang Baik Tapi…”

ARTIKEL BERKAITAN:Uyaina Arshad Kongsi Momen Pertama Kali Jumpa Neelofa & Izara Aisyah - “I Adore Both Women So Much In Many Ways”

ARTIKEL BERKAITAN:Uyaina Arshad Kongsi Soalan ‘Famous’ Yang Selalu Diterima Oleh Ibu Lepas Bersalin - “Ada Sesetengah Respons Buat Saya Sampai Terkedu”

ARTIKEL BERKAITAN:Berdepan Masalah Jantung, Uyaina Arshad Pilih Bersalin Secara Pembedahan - “Kami Dah Berempat Sekarang…”

Sekadar info, Uyaina sebelum ini memuat naik video di TikTok memberikan pandangan peribadinya berkaitan seorang pemandu bas berusia 24 tahun yang dilabel sebagai pedofilia dek kerana kontennya yang menjurus ke arah seksual terhadap kanak-kanak bawah umur.
Bagaimanapun, ulasan yang diberikan aktres tersebut menerima reaksi bercampur baur pengguna media sosial.
Imbas kembali, pemandu bas berkenaan telah pun ditahan di Simpang Renggam pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Johor, Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, dihubungi Gempak berkata, lelaki berkenaan ditahan polis Ibu Pejabat Polis (IPD) Kluang, kira-kira pukul 2.57 pagi, Jumaat.
Kumar berkata, kes itu akan disiasat mengikut Seskyen 15 (a) (iii) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan Seksyen 15(2) Akta Kanak 2001.
Sebelum itu, tular beberapa video yang memaparkan seorang pemandu bas yang mempunyai lebih 600,000 pengikut di TikTok, merakam beberapa murid sekolah perempuan yang dianggap pemandu bas tersebut sebagai 'crush' atau seseorang yang diminati atau disukai secara romantik.
Kesemua video yang dirakam sambil memandu itu memaparkan wajah murid-murid tersebut dengan jelas.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Netizen Persoal Pakai Bathrobe Saiz Kecil, Intan Najuwa Jawab – “Amboi Mulut Kau, Memang Time Hamil Pun Pakai XS Atau S”

gempak
22/11/2024
09:55 MYT
Pelakon, Datin Intan Najuwa membalas komen netizen yang seoalah-olah menyindir tentang saiz pakaian yang bakal dibawa ke hospital sebelum bersalin.
Hiburan

“Saya Bernasib Baik Tiada Kecederaan Kekal Pada Anak” - Dr Say Dah Buang Maid! Terima Teguran Netizen, Mohon Maaf Atas Kelalaian

gempak
22/11/2024
07:55 MYT
Personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril menerima teguran netizen dengan hati terbuka susulan isu pembantu rumahnya sebelum ini.
Hiburan

“Jangan Cepat Menilai Orang, Dia Lelaki Yang Baik” - Ameera Khan Harap Netizen Henti Kecam Jefri Nichol

gempak
21/11/2024
23:49 MYT
Personaliti media sosial, Ameera Khan meminta netizen berhenti melemparkan kata-kata negatif terhadap pelakon Indonesia, Jefri Nichol.
Viral

Suami Gubahkan Lirik Lagu Buat Kieda Crepe - "Masya-Allah, Buatkan Saya Menangis"

gempak
18/11/2024
12:55 MYT
Usahawan Kieda Crepe kembali menjadi tumpuan warganet apabila suaminya, Amy, menghadiahkan sebuah lagu khas untuk isterinya dengan lirik yang diubah bagi menyuntik semangat.
Hiburan

Kongsi Video BTS Fitting Busana Bentuk Hati, Gelagat Aina Abdul Buat Netizen Terhibur - “Punya Lah Berat Benda Tu…”

gempak
17/11/2024
03:55 MYT
Perkongsian video penyanyi Aina Abdul yang memaparkan momen di sebalik tabir pembikinan busana berbentuk hati yang digayakan sewaktu Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) Ke-39 berjaya meraih perhatian netizen.
Unitar