,
Berita

'Nak Kasi Kenyang Kena 5 Hingga 10 Kebab' - Peniaga Bazar Ramadan Hina Wanita 'Gemuk'

Kamaruddin Razal
14/06/2017
13:11 MYT
Tindakan peniaga Bazar Ramadan yang menghina seorang wanita mengundang kemarahan netizen.
Wanita yang bernama Innanie Ariffin ini berkongsi pengalaman pahitnya dihina menerusi sebuah status di laman Facebook miliknya semalam.
"NIAT DI HATI NAK TOLONG ORG BAZAR UNTUNG MENIAGA....
Tadi ke bazar Ramadan berhampiran office. Teringin pulak makan kebab. Lepas dah beli juadah & kuih, nampak satu kedai kebab ni kat kawasan masuk bazar - kedainya tak ada orang. Kosong. Dengan niat suci & nak tolong - aku terus tanya :
"Bang, kebab satu berapa?"
"RM 4.50."
"Ok, bagi satu kebab daging bang."
"Satu? Amek lah 5. Orang gemuk macam awak ni biasanya pelahap, makan banyak. Tak cukup satu. Nak kasi awak kenyang mesti 5 ke 10 kebab!" sambil gelak sinis kat aku bersama-sama kawannya.
Aku diam & senyum. Dapat tangkap apa yang cuba "dihina" dan "disampaikan" tu. Terus laju je aku menjawab.
"Sepanjang jalan tadi, saya nampak kedai abang kosong. Tak ada orang. Ada kedai kebab hujung sana. Tapi saya tak jadi singgah sebab teringat kedai abang ni. Niat saya memang nak beli kat abang sbb nak membantu. Yelah, sendu bila orang lain masyuk - abang masih lagi bekas kosong. Tapi, dengan mulut abang yang macam ni, sesedap rasa menghina orang gemuk- saya rasa... ini LAST lah saya beli dari abang. Abang boleh makan lah sendiri kebab ni. Orang berniaga - hati customer kena dijaga bang. Abang pulak, dapat customer dihina. Takpelah! Lagi satu, abang ingat orang gemuk tu pelahap ke?"
Terus aku letakkan duit RM5. Dan jalan tinggalkan dua orang abang yang tadi aku nak tolong tu dengan muka kelat. Diam dorang seribu bahasa.
Padan muka!
TOLONGLAH!!! Kalau ye pun nak kasi laku. Jangan mulut lancang sangat. Siapa pun anda - buruk atau cantik, kurus atau gemuk, rendah atau pendek, sempurna atau cacat, hitam atau putih, miskin atau kaya - tak berhak untuk hina orang lain. Ini lagi sebagai seorang customer.
Maaf cakaplah, aku "sumpah" abang tu meniaga tak laku sampai bila-bila.
*sakit hati bila teringat ketawa sinis dia tu!
#wrongpersonlubro," tulis Innanie.
Niat baik Innanie yang mahu membantu membeli jualan peniaga Bazar Ramadan tersebut telah dibalas dengan penghinaan.
Rata-rata pengguna laman sosial Facebook meninggalkan komen tidak berpuas hati dengan sikap yang ditonjolkan oleh peniaga tersebut.
Ada juga yang menyokong tindakan Innanie yang terus membalas hinaan peniaga tersebut dengan kata-kata pedas.
Teks oleh: Kamaruddin Razal Foto: Facebook Innanie & Mindtalk.com
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar