,
Laman Utama

“Nak Jual Baju Raya Ke Apa?”- Azrinaz Mazharhakim Samakan AJL35 Dengan Program Jual Barang!

Syafiqah Jalal
15/03/2021
04:22 MYT
Bekas personaliti televisyen, Azarinaz Mazharhakim mempertikaikan kualiti program Anugerah Juala Lagu ke-35 (AJL35) yang berlangsung malam tadi.
Azrinaz mendakwa anugerah tersebut hambar kelihatan seperti rancangan menjual barangan dan sudah kehilangan auranya.
“Apa sudah jadi dengan Anugerah Juala Lagu AJL35 ? Sebuah rancangan tahunan yang sepatutnya membariskan lagu-lagu berkualiti dengan produksi yang mantap dan gah tetapi bertukar menjadi hambar.
“Bukan saja merepek, tapi hilang auranya. Paling mengejutkan, AJL35 kali ini seperti sebuah rancangan menjual barangan spt ‘wow shop’,” katanya.
Azrinaz berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.
Menerusi entri yang sama, Azrinaz memuat naik foto yang menunjukkan salah satu segmen penaja bersama dua orang hos.
Menurut Azrinaz sepatutnya segmen penaja tersebut tidak perlu dilakukan berlebihan selain mempertikaikan pemakaian hos.
“Dengan segmen khas diwujudkan untuk mempromosi penaja seperti gambar ini. Pemakaian dua host tertera yang ‘out of date’ tiada konsep dan hala tuju.
“Tocang panjang dan huruf nama penaja sebesar-besar alam nak pergi mana? Nak jual baju raya ke apa? Adakah kita masih dalam tahun 1995?
“Pengacara tetap pula ditekankan untuk menyebut nama2 sponsor sepanjang masa sehingga berjela-jela.. buang masa
“Saya teringat program Oscar mahupun Grammy Award, di mana penyampai naik ke pentas dan terus mengumumkan nama pemenang: “And the award goes to..” tidak salah untuk selitkan usikan dan hiburan malah ia amat dialu-alukan, tetapi dengan menyebut nama-nama penaja yang berulangkali sungguh meloyakan,” luahnya lagi.
Membandingkan dengan penganjuran program tersebut sebelum ini, Azrinaz sedikit kecewa dengan AJL35.
“Saya mengikuti anugerah ini setiap tahun sejak dibangku sekolah. Malah saya juga pernah secara langsung terlibat dalam produksi Muzik-Muzik dan Juara Lagu satu ketika dulu.
“Kalau dulu ia mempamerkan penyanyi yang tiada tolok bandingan seperti Francisca Peter, Aris Ariwatan, Amy Search mahupun penyanyi baru seperti Hazama, Akim Majistrate juga tidak kurang hebatnya.
“Malang sekali tahun ini barisan artist gagal memberikan klimaks. Sorry but not sorry, AJL 35, you have lost your prestige,” tambahnya lagi.
Lagu Gila dendangan Kaka Azraff, Loca B dan Noki diumumkan sebagai juara AJL35 semalam.
Sementara, naib juara AJL35 menjadi milik lagu Semalam nyanyian dan ciptaan Aina Abdul dan tempat ketiga pula dimenangi oleh lagu Belenggu Rindu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong nyanyian Datuk Jamal Abdillah dan Wany Hasrita.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

“Nak Kutuk Ke, Cakap Saya Terpaling Tahu Ke, Silakan” - Teruk Dikecam Bersuara Isu Abang Bas, Uyaina Arshad Tetap Mahu Sebar Kesedaran Tentang Pedofilia

gempak
12/09/2024
03:55 MYT
Uyaina Arshad mengakui dirinya teruk dikecam netizen hanya kerana kelantangannya menyuarakan pendapat tentang isu Abang Bas.
Viral

Tular 'Private Island' Di Langkawi Bakal Dijual Lebih RM9 Juta?

gempak
10/09/2024
10:25 MYT
Tular di Tik Tok video dimuat naik seorang perunding hartanah memaparkan sebuah pulau persendirian yang terletak berdekatan Pulau Langkawi yang ingin dijual sejak Isnin.
Hiburan

Beri Pandangan Tentang Isu Abang Bas, Uyaina Arshad Dilabel Penunggang Oleh Netizen

gempak
08/09/2024
04:03 MYT
Susulan kelantangannya bersuara tentang isu Abang Bas, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad menerima pelbagai kecaman daripada warganet.
Hiburan

Kongsi Video Kereta Baru Sempena Hari Jadi, Ada Pula Netizen Tuduh As'ad Motawh Menunjuk - "Perlu Ke Photoshoot"

gempak
05/09/2024
09:55 MYT
Penyanyi dan pempengaruh media sosial, As’ad Motawh sekali lagi menarik perhatian ramai susulan perkongsiannya di Instagram sempena ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini.