Hiburan
"Nak Jadi Penyondol Tak Perlu Cantik, Cuma Perlukan Lelaki Yang Tak Reti Bersyukur" - Mimi Lana
Pelakon jelita Mimi Lana mencuri perhatian menerusi kapsyen terbaharu di Instagramnya, berkongsi tentang penyondol.
BERITA TRENDING: “Kita Perempuan Biar Muka Tak Cantik, Tapi Tak Rebut Kebahagiaan Wanita Lain” - Mimi Lana
Tulis Mimi, 29, orang ketiga dalam sesuatu hubungan tidak perlu menjadi cantik sebaliknya hanya memerlukan lelaki yang tidak bersyukur dan tak sedar diri."Nak jadi penyondol tak perlu cantik, kurus atau putih. Penyondol cuma perlukan lelaki yang tak reti bersyukur, tak guna dan tak sedar diri,” tulisnya.
Mimi turut menyertakan lagu “Pudar” dalam hantaran tersebut, dan menggunakan tanda pagar #Andaitiadadia yang merujuk kepada naskhah terbarunya yang sudah ditayangkan di kaca televisyen.
Perkongsian itu mendapat perhatian ramai netizen termasuk rakan selebriti yang bersetuju dengan kenyataan Mimi.
BERITA TRENDING: “Urusan Jodoh, Ajal & Maut Bukanlah Di Tangan Saya” - Mimi Lana
BERITA TRENDING: “Saya & Mimi Mahu Fokus Karier Masing-Masing Dahulu Sebelum Melangkah Ke Arah Seterusnya” - Syafiq Kyle
BERITA TRENDING: Mimi Lana Sulam Kata-Kata Manis Buat Syafiq Kyle Sempena Hari Lahir Ke-32 - “Kasih Saya Terhadap Awak…”
Terdahulu, Mimi dan Syafiq telah membatalkan perkahwinan mereka yang dijadualkan pada 19 Ogos tahun lalu atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.Difahamkan, majlis akad nikah pasangan tersebut sepatutnya diadakan pada sebelah pagi di Puncak Rimba, Bentong, Pahang sementara resepsinya pada sebelah malam berkonsepkan acara dalam taman.
Must-Watch Video