,
Laman Utama

“Nak Jadi Pelakon Ke Pelacur Di Set?” - Nabila Huda Geram Heroin Menggatal Dengan Suami Bella Astillah

Shahrin Zulkifle
31/01/2023
03:00 MYT

Baru-baru ini pelakon dan penyanyi Bella Astillah mendedahkan ada seorang heroin drama yang membuat pengakuan dengan menyatakan dirinya sudah jatuh cinta dengan suaminya, Aliff Aziz.

BACA: Bella Astillah Dedah Ada Heroin Drama Jatuh Cinta Dengan Aliff Aziz - “Dia Kata Dia Bodoh Tersuka Suami Saya…”

Susulan pendedahan tersebut, ia telah menarik perhatian orang ramai termasuk pelakon Nabila Huda yang turut meluahkan rasa geram dengan tindakan heroin berkenaan.

Kata Nabila atau mesra disapa Abil, tindakan heroin tersebut berbuat demikian bakal merosakkan namanya di dalam industri selain kerjayanya sebagai pelakon turut terjejas.

“Siapa perempuan itu? yang shooting sekali dengan Aliff tu ke? New aktor kan? Meh sini aku ganyang dia, mengada ‘ter’ suka suami orang.

“Nak jadi pelakon ke nak jadi pelacur di set? Itu antara salah satu sebab yang boleh merosakkan kerjaya awak sebagai seorang pelakon.

“Tak boleh nak kawal nafsu dan fokus bukan untuk berlakon tapi menyundal dekat set,” katanya.

Nabila meluahkan rasa kesalnya itu menerusi ruangan balas pada sepotong video pendedahan yang dibuat Bella.

Dalam masa sama, anak kepada penyanyi Amy Search itu turut menasihati heroin tersebut agar fokus pada tanggungjawab sebenarnya sebagai pelakon ketika di set penggambaran.

“Tolong lah, buang sikap nak jatuh cinta di set, tersuka ke, terlanjur ke, please lah! Fokus dengan apa yang awak buat. Jadi seorang pelakon yang bagus dan hebat. Bukan jadi pelacur yang hebat! Faham?,” tambahnya.

Selain isu heroin ‘menggatal’, terdahulu pasangan Bella dan Aliff turut diuji dengan gangguan ilmu hitam yang cuba memisahkan hubungan mereka berdua sehingga menyebabkan kesihatan Bella dan keluarga terjejas.

Untuk info, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016, namun mereka bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff berlaku curang.

Bagaimanapun, pasangan itu kembali rujuk semula dalam tempoh edah. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Mohammad Ayden Adrean, 5, dan Ada Adreanna, 2.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Terkini

Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"

gempak
19/09/2024
07:25 MYT
Pelakon, Muaz Zabir menerangkan bahawa pakaian warna sedondon yang sering digayakannya bersama Bella Astillah hanyalah satu kebetulan.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.