,
Hiburan

“Nak Jadi Anak Seni Jiwa Kena Kental” - Siti Nordiana Syukur Tak Pernah Dibuli, Artis Lama Lebih Suka Kongsi Ilmu

Mya Amri
18/11/2024
23:55 MYT
Penyanyi dan aktres, Siti Nordiana berpendapat setiap individu yang berkeinginan untuk memasuki dunia seni, mereka seharusnya memiliki jiwa yang kental.

Jiwa kena kental

Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana ini berkata kehidupan ditempuhi oleh mereka yang bergelar anak seni tidak mudah dan berdepan dengan pelbagai cabaran.

“Nak jadi anak seni ini jiwa kena kena kental, macam saya sendiri pun banyak kali kena tegur. Sebagai contoh semasa saya sertai Gegar Vaganza dahulu.

“Saya selalu diajar oleh juri-juri, malahan komen-komen yang diberikan juga kalau orang dengar mereka pun ragu-ragu saya boleh hadap atau tidak komen sebegitu.

“Tapi sebenarnya bagi saya okay sahaja asalkan kita dapat belajar. Cepat sikitlah belajar kalau ditegur sebegitu, kalau lembut sahaja susah juga nak masuk, maksudnya kita akan sentiasa berada di tahap yang selesa.
“Bagi saya mereka kena hadap, ini adalah antara cabaran cabaran untuk orang baharu berada dalam industri,” katanya.
Nana berkata demikian ketika ditemui pada sidang media konsert Tomok dan Siti Nordiana Memori Mungkin Berulang bertempat di The Majapahit, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Artis lama tak lokek ilmu

Dalam pada itu, Nana berkata dia juga amat menyenangi artis-artis senior kerana mereka tidak lokek dan sering berkongsi ilmu.

“Alhamdulillah saya tiada pengalaman dibuli dalam industri, artis-artis lama kebanyakkan memang suka berkongsi ilmu.

“Saya beberapa kali jika terjumpa dengan kak Ziana Zain saya akan berborak panjang dengan dia. Saya akan tanya macam-macam dan banyak tips yang dia kongsikan pada saya.

“Begitu juga dengan kak Erra Fazira, masa saya berlakon teater dahulu pun saya hubungi dia, sama juga dengan kak Noorkhiriah.
“Saya sentiasa ada rujukan artis-artis lama yang akan tolong ajar untuk saya perbaiki kekurangan saya,” jelasnya.
Terdahulu, media sebelum ini melaporkan bahawa ada segelintir pelakon baharu mengakui diri mereka pernah dibuli di set penggambaran.

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Buli Di Set Penggambaran, Nabila Huda Sifatkan Artis Sekarang Manja! - “Hal Personal Patut Simpan”

ARTIKEL BERKAITAN:Rita Rudaini Tidak Setuju Tindakan Campak Skrip Dianggap Sebagai Buli - “Manja Sungguh”

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Pernah Kena Campak Skrip” - Siti Khadijah Halim Dedah Dibuli Di Set Penggambaran

ARTIKEL BERKAITAN:Pelakon Baharu Dakwa Ada Gejala Buli Di Set Penggambaran, Ini Teguran Ahmad Idham! - “Nak Dapat Publisiti Pun Jangan La Sampai…”

ARTIKEL BERKAITAN:“Melingkup Sahajalah Tempat Ni, Lantak Orang Nak Kata Apa” - Naim Daniel Bersuara, Kurang Senang Dengan Kes Buli Di UPNM

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

“Kita Pun Tak Nak Terus Berlaku Dalam Masyarakat” - Sky Iskandar Harap Mangsa Buli Jangan Pendam, Luah Pada Saluran Yang Betul

gempak
23/11/2024
09:55 MYT
Pelakon filem Kahar: Kapla High Council, Sky Iskandar berharap mereka yang menjadi mangsa buli jangan takut untuk berkongsi kejadian yang menimpa mereka.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Hiburan

Tak Pernah Dibuli Di Set Penggambaran, Iedil Putra Titip Pesan Buat Pelakon - “Jangan Buat Perangai Orang Tak Suka”

gempak
21/11/2024
13:55 MYT
Pelakon Iedil Putra mendedahkan dirinya tidak pernah mengalami pengalaman 'dibuli' di set penggambaran sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan.
Hiburan

“Duit Nak, Fame Nak, Belajar Tak Nak” - Fatin Afeefa Malu Dengar ‘Interview’ Pelakon Mengadu Isu Buli Di Set Penggambaran

gempak
21/11/2024
00:55 MYT
Bukan sahaja pelakon Datin Intan Najuwa, tapi aktres Fatin Afeefa turut menyuarakan pendapatnya mengenai kenyataan seorang pelakon baharu yang mendedahkan gejala buli di set penggambaran.
Unitar